Dalam satu catatan media sosial  baru-baru ini di subreddit r/askSingapore telah tercetusnya perbincangan di kalangan netizen mengenai dakwaan ilmu hitam.

Siaran itu, yang dibuat oleh seorang lelaki, memperincikan situasi di mana teman baiknya, seorang lelaki yang telah terpikat dengan seorang wanita Thailand yang ditemuinya di sebuah disko Thai di Singapura.

Lebih mengejutkan apabila teman baiknya itu telah membuat perancangan untuk mengahwini wanita Thailand terbabit walaupun baginya, wanita itu sebenarnya tidak sepadan dengan rakannya.

Apa yang menimbulkan keresahan di kalangan rakannya ialah pendedahan bahawa wanita itu dilaporkan telah menghabiskan wang simpanan lelaki itu sebanyak SGD100,000 (kira-kira RM350,800).

Sambil menyatakan kebimbangan terhadap tingkah laku rakannya yang kelihatan tidak rasional, Redditor membuat spekulasi bahawa lelaki itu mungkin berada di bawah pengaruh ilmu hitam.

Beliau juga meminta pendapat dan nasihat daripada warga Singapura di Reddit mengenai cara untuk mengenal pasti tanda-tanda bahawa kawannya sudah terkena ilmu hitam dan cara menanganinya dari perspektif rohani atau agama.

Bagaimanapun, maklum balas daripada netizen kebanyakannya menolak dakwaan ilmu hitam, sambil mengaitkan bahawa tindakan lelaki itu sebagai gila atau mungkin beliau telah dimanipulasi oleh wanita itu.

Seorang netizen mencadangkan bahawa wanita itu mungkin mempunyai pengaruh yang besar terhadap lelaki itu sehingga beliau sanggup untuk mengorbankan wang simpananya.

Netizen lain pula membuat spekulasi bahawa motif wanita itu boleh didorong oleh wang sambil memberi kemungkinan berakhirnya hubungan itu apabila sumber lelaki itu habis.