PropertyGuru mendedahkan rakyat Malaysia kini mengambil kira risiko iklim sebelum mereka membeli rumah.
Menerusi data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah, petik BernamaBiz.
Baca Juga:
- Manjung Paling Banyak Rumah Siap Tak Terjual Di Perak
- Kini Warga Singapura Semakin Mudah Jadikan Malaysia ‘Rumah Kedua’, Macam Mana Caranya?
- ‘Kata Bina Rumah Mampu Milik, Realitinya B40 & M40 Tak Mampu Beli’
Ketua Kelestarian PropertyGuru Group Cecile Corda berkata syarikat melihat keselamatan dan kesejahteraan komuniti semakin berisiko berikutan kekerapan kejadian cuaca ekstrem yang meningkat, memberi impak besar terhadap hartanah.
PropertyGuru kongsikan Laporan Kelestarian 2024 daripada tinjauan yang dijalankan pada separuh kedua 2024, dengan maklum balas daripada 1,181 rakyat Malaysia.
Menurutnya lagi, menjelang 2050, dijangka hampir 63 peratus daripada penduduk Asia Tenggara akan tinggal di kawasan bandar.
83% rakyat Malaysia sedia bayar harga premium
Sebanyak 83 peratus rakyat Malaysia bersedia untuk membayar harga premium demi memiliki rumah dengan ciri-ciri lestari — termasuk penjimatan kos utiliti, ketahanan terhadap risiko iklim dan nilai jangka panjang.
“Data kami menunjukkan perubahan yang jelas dalam rakyat Malaysia mencari rumah. Ini mencerminkan kebimbangan yang meningkat dalam kalangan pembeli terutamanya mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun dan 60 peratus daripada mereka percaya harga akan terus meningkat.
“Untuk memenuhi permintaan ini, industri bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada kemampuan untuk membeli malah, perlu memikirkan semula bagaimana ciri-ciri mampan dapat disepadukan dalam segmen pasaran pertengahan dan sewaan,” katanya.