Pelakon Rita Nadira sedang meningkat naik dalam industri seni tanah air, dan dia mendedahkan bahawa ramai yang seringkali keliru melihat wajahnya dan menganggap dia adalah Rita Rudaini.

Ini kerana raut wajahnya yang mirip kepada pelakon tersebut, serta fizikalnya yang juga tinggi lampai.

Baca Juga:

Ia bukan perkara baharu untuk aktres 26 tahun itu kerana dia sudah menerima pujian itu sejak di bangku sekolah lagi.

Bercakap kepada portal Media Hiburan, Rita Nadira berkata: “Kisah muka sama dengan kak Rita Rudaini sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi sudah saya terima. Waktu itu dia sangat terkenal dengan filem Mami Jarum, jadi saya pun bangga apabila disamakan.”

Satu lagi peristiwa dia dianggap persis wajah Rita Rudaini adalah ketika dia mengambil ujian memandu pada usianya 18 tahun. Di mana ada pegawai yang mahukan kepastian sama ada dia adik kepada Rita Rudaini?

Rita Nadira bagaimanapun pernah bercakap dengan Rita Rudaini. Ianya selepas dia berlakon dengan Kartina Aziz, dan dia tak melepaskan peluang untuk bercakap dengan Rita Rudaini setelah Kartina Aziz mahu mereka berdua bercakap di telefon.

Dia akui ketika itu kedua duanya masih kaku untuk bercakap kerana ia berlaku dengan tiba tiba.

Mengulas lebih lanjut tentang kekeliruan orang ramai yang berterusan, Rita menyatakan dia tak kisah disamakan dengan Rita Rudaini. Sambil menyatakan hakikatnya mereka berdua dalah dua individu yang berbeza.

Kariernya terus meroket, terbaru dia terlibat dalam projek drama pendek Sampai Bila untuk produk Siti Nurhaliza, BeauSiti.

Dia menyaytakan sangat gembira dan teruja dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza yang diibaratkan seperti satu mimpi. Dia sempat berbual bual dengan Siti Nurhaliza dan mengakui banyak nasihat berguna yang dia dapat daripada penyanyi no.1 Malaysia itu.