Rita Rudaini mengecam ibu bapa yang sanggup membenarkan dan membiarkan anak gadis dan anak bujang mereka bersekedudukan selama 77 hari di satu kediaman yang sama.
Sebelum ini pempengaruh media sosial mengumumkan akan mengadakan program realiti menempatkan 77 peserta lelaki dan perempuan selama 77 hari di sebuah rumah.
Cabaran tersebut mengundang kecaman ramai pihak kerana dianggap merosakkan moral anak muda. Di mana batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan beragama Islam tidak dikawal.
Tidak lama kemudian, pempengaruh tersebut mengumumkan membatalkan program tersebut selepas berbincang dengan peguamnya. Di mana menurutnya program itu berisiko diserbu pihak berkuasa.
Pempengaruh itu juga mendedahkan tindakan membatalkan program itu membuatkan dia menanggung kerugian sekitar setengah juta ringgit.
Rita Rudaini antara yang tampil mengecam program tersebut yang kebaratan dan ternyata mampu menarik 77 peserta untuk terlibat.
Dalam IG storynya, Rita Rudaini turut mengecam ibu bapa yang membiarkan sahaja anak mereka menyertai program tersebut.
Dipetik daripada Beautifulnara, Rita Rudaini berkata: “Buat program nak tiru barat, sedar diri sikit dik, diaorang bukan Islam tak apa lah duduk satu rumah.
“Yang mak bapa pun, hantar anak ke program macam tu apa ada dalam kepala otak depa noh? ‘Teladan’ celah mana? Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapa pun kena cerdik. Bukan senang nak jadi mak bapa.
“Patut makin canggih teknologi dan media sosial bagai, patut makin cerdik dan makin maju lah, ni dah serupa orang zaman paleolitik dah dalam rumah tu, batak FAME!”