Umum mengetahui bahawa pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan telah bercerai pada tahun 2013. Sejak penceraian tersebut, Rita yang menjaga anak-anak mereka tanpa sebarang bantuan terutama sekali dari bekas suami.

Terbaharu, Aidil menyebut nama kedua-dua anaknya itu dalam satu sesi live di media sosial dan Rita menyifatkan tindakan Aidil itu sekadar mahu meraih simpati kerana jika betul mengambil berat, pasti sudah lama menjenguk mereka.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal itu telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen bersimpati dengan Aidil. Susulan itu, Rita dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mengkritik tindakan sesetengah netizen yang tidak menjaga sensitiviti dan kurang ajar terhadap dirinya dan anak-anak.

Bukan itu sahaja, dia juga meminta netizen untuk membaca buku hasil tulisannya yang berjudul ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ supaya mengetahui apa yang berlaku sebelum ini.

“Dah 2024, netizen tak payah buat terpaling tahu. Jaga sensitiviti orang. Kalau tak tahu jangan buat ‘palatau’. Baca dulu buku ini sebelum nak komen.

“Setakat modal air liur dah kesian, dah terpaling sedih, siapa-siapa pun boleh.

“Dah dah la tu, kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak pun dah tumbuh misai.

“Tak duduk dekat tempat kami senang la cakap, lebih baik duduk diam saja dan jangan tambah beban orang.” tulis rita.

Malah, Rita menegaskan dia tidak reda dengan segala penghinaan dan penganiayaan yang diterimanya selama ini dan menyerahkan segala urusan kepada Allah.

Akhir kata, dia memohon agar orang ramai tidak masuk campur dalam urusannya anak beranak kerana kehidupannya kini sudah cukup bahagia.