Pelakon terkenal Rita Rudaini menyatakan bahawa dia palingg peling meluat dengan individu yang merokok di tempat yang tidak dibenarkan terutama sekali kedai makan.

Menurutnya tindakan tersebut mementingkan diri sendiri. Menerusi perkongsian di Threads, Rita Rudaini berkata: “Paling meluat tengok manusia merokok dekat tempat yang dilarang merokok.

“Sah-sah kedai makan tu ada tanda ‘no smoking’ [dilarang merokok].”

Menurut Rita Rudaini, golongan ini adalah jenis buta mata dan buta hati.

Dia menambah: “Buta mata buta hati. Apabila kita perhatikan dia, dia pula nampak kita tengok dia sebab memang meja sebelah sahaja.

“Muka poyo [berlagak] tidak ada ‘common sense’. Orang Melayu kita.

Netizen Sokong Rita Rudaini Meluat Tengok Orang Merokok Di Kedai Makan

“Orang macam ini sudah tahu perangai dia macam mana. Tidak fikirkan tentang orang sekeliling dan pentingkan diri sendiri.”

Perkongsian Rita Rudaini mendapat respon daripada netizen yang rata rata setuju dengan kritikannya.

Ada yang melalui pengalaman di mana, mereka ada bayi, duduk bersebelahan dengan mereka yang merokok di kedai makan. Kemudian netizen tersebut mengambil gambar perokok dan buat aduan kepada KKM.

Seorang lagi berkata: “Yang merokok betul betul di bawah tanda ‘Dilarang Merokok’ pun ada. Makin dijeling makin berkepul-kepul asap rokok mereka.”

“Lagi bangang ada anak kecil mereka sendiri di sebelah, masih lagi merokok dekat kedai makan,” tulis yang lain.