Meskipun tidak lagi kerap berada di kaca TV menerusi siri drama dan filem terbaru, perkongsian Rita Rudaini di media sosial sering kali mendapat perhatian para netizen.

Jika sebelum ini beliau meluahkan rasa syukur kerana belum dijangkiti COVID-19, terbaru perkongsian rasa berang beliau terhadap guru di MRSM yang menjadi buah mulut orang ramai.

Baca Juga:

Perkongsian yang dibuat dikatakan berpunca daripada sikap segelintir guru di MRSM yang melemparkan fitnah serta menuduh beliau mengambil kuota golongan B40 selepas beliau memilih untuk menghantar anak lelakinya yang sebelum ini bersekolah di sekolah swasta ke sekolah kerajaan.

Menerusi perkongsian, Rita Rudaini akui tahu guru yang membawa mulut dan menyebarkan fitnah terhadapnya. Menurut Rita, seorang pendidik tidak seharusnya mempunyai mentaliti kolot.

Rita turut berpesan kepada pendidik yang menurutnya tidak layak bergelar guru itu untuk membuang sahaja tudung sekiranya tidak mampu menahan mulut daripada mengumpat dan memfitnah.

“Sis ni jahil, sis tak pandai agama macam cikgu. Tapi cikgu janganlah tunggang agama laju sangat. Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Nak jadi guru atau makcik bawang? Jijik. Sis cuba tahan” kongsi Rita menerusi Instagram Story.

Rita turut memaklumkan beliau enggan mengeruhkan keadaan namun terpaksa mendedahkannya selepas mendapati terdapat anak pendidik serta mereka yang berjawatan besar turut berada dalam MRSM meskipun tidak berada dalam kelompok B40.