Orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok, mempertahankan kedudukan beliau sebagai antara 100 orang terkaya di dunia apabila berada di kedudukan ke-98 dalam senarai dengan kekayaan AS$14.9 bilion (RM70.6 bilion), menurut Indeks Billionaires Bloomberg yang dikemas kini setiap hari pada penutupan dagangan di New York.
Menurut laporan Kosmo, kekayaaan dimiliki anak kelahiran Johor Bahru ini bukan sahaja diperolehi melalui perniagaan berasakan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung, namun turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.

Baca Juga:
- Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia Bagi Tahun 2022 Dengan Nilai RM49.3 Bilion
- Pembuat Sarung Tangan Getah Di Malaysia Rugi RM25 Bilion Sejak Tahun Lalu
- Berusia 73 Tahun Dengan Kekayaan RM890 Juta, Ini Pemilik ‘Superyacht’ Yang Lalu Sungai Perlis
Rakyat Malaysia kedua yang berada dalam senarai,Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berada di kedudukan ke-328 dalam senarai itu dengan kekayaan sebanyak AS$6.43 bilion.
Selain itu, Indeks Billionaires Bloomberg melaporkan bahawa kekayaan orang terkaya di dunia, Elon Musk, jatuh kepada AS$190 bilion selepas pengasas teknologi itu kerugian kira-kira AS$80.4 bilion tahun ini.
Bekas orang terkaya di dunia, Jeff Bezos pula berada di kedudukan kelima dengan kekayaan berjumlah AS$114 bilion. Mark Zuckerberg dari Facebook, seorang lagi usahawan berkaitan teknologi, menyaksikan kekayaannya menyusut kepada AS$35.2 bilion selepas dia kehilangan AS$90.3 bilion YTD. Dia telah jatuh ke kedudukan 29 dalam senarai.