Pada ketika ini, kita melihat nilai pertukaran wang Ringgit Malaysia sudah mencecah RM4.78 untuk $1. Hal ini sekaligus memberi impak yang besar terhadap kos hidup seharian buat rakyat tempatan.

Namun, Bloomberg, selaku penyedia berita global berkaitan kewangan dan informasi mendakwa kelemahan prestasi wang ringgit pada ketika ini membuka peluang kepada pelancong untuk mempunyai kuasa membeli yang lebih besar ketika mengunjungi ke negara Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam artikel terbaharunya, media antarabangsa mendedahkan bahawa ramai warga Singapura yang merentas sempadan untuk “mengambil kesempatan ke atas kekuatan dolar Singapura yang luar biasa berbanding Ringgit Malaysia” pada saat ini.

Sebagai makluman, SGD1 sudah bersamaan RM3.56 yang mana memberi kelebihan kepada mereka untuk berbelanja besar di Malaysia lebih-lebih lagi untuk barangan premium.

“Pengembara daripada pelbagai negara semakin menerokai pelbagai tarikan di Malaysia.

“Agensi Interpid Travel melaporkan bahawa peningkatan 15 peratus dalam tempahan ke negara Malaysia pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023,” kongsi Bloomberg.

Bahkan, agensi pelancongan ini turut mengatakan Malaysia muncul sebagai antara negara paling berpatutan untuk dilawati di Asia.

Bloomberg juga menyebut prestasi matawang ringgit telah jatuh ke paras terendah sepanjang masa iaitu RM4.80 pada tahun ini berbanding dua mata wang rapat seperti USD dan SGD.

Berkenaan isu kelemahan ringgit, PM Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa nilai Ringgit di samping turut memberi tumpuan kepada kos sara hidup rakyat.

Tambahnya lagi, sebahagian daripada faktor kelemahan ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

Malah, Menteri Kewangan II mendedahkan yang kerajaan dalam usaha menarik pelaburan langsung asing bagi membantu meningkatkan prestasi ringgit pada tahun ini.