Baru-baru ini Forbes menyenaraikan Tan Sri Robert Kuok dalam kalangan 100 orang terkaya di dunia. Usahawan dari Malaysia ini berada di tangga ke-96 dengan aset bernilai RM57.80 billion.
Menurut majalah tersebut juga, bekas ‘Raja Gula Malaysia’ yang kini berusia 94 tahun memperoleh kekayaan hasil pemilikan perniagaannya seperti hotel, hartanah, komoditi, dan kumpulan perniagaan miliknya sendiri iaitu Kumpulan kuok.
Beliau sebelum ini terpalit dengan kontroversi menaja salah satu parti politik di Malaysia, DAP yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Selain beliau, beberapa usahawan dari Malaysia turut tersenarai dalam senarai orang terkaya di dunia seperti Ananda Krishnan, pemilik Maxis, Astro dan Bumi Armada dan Quek Leng Chan, pemilik perniagaan dalam sektor perbankan, hartanah dan makanan, berkongsi tempat di tangga ke-217.
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos merebut gelaran lelaki terkaya di dunia daripada Bill Gates, pemilik Microsoft. Jeff Bezos memiliki kekayaan bernilai US$112 billion sementara Bill Gates memiliki aset bernilai US$90 billion.