Wartawan ‘whistlebolower’ bola sepak terkenal, Romain Molina membuat pendedahan mengejutkan.
Menurut wartawan The Guardian itu, keputusan CAF menarik balik kejuaraan Senegal dan menghadiahkannya kepada Maghribi adalah kerana seorang individu berpebgaruh.
Di mana individu tersebut telah memanipulasi keputusan juri di peringkat rayuanb CAF, dan kemudian memberikan kejuaraan kepada Maghribi.
Selepas final AFCON yang lalu, Maghribi membuat bantahan kepada CAF. Ini kerana menurut mereka, Senegal tidak layak bergelar juara kerana sudah keluar padang sebelum wisel penamat dibunyikan.
Maghribi turut mendakwa tindakan pemain pemain Senegal itu turut memberikan impak kepada rentak dan emosi pasukan Maghribi sehinggakan mereka tewas apabila perlawanan disambung semula.
Minggu lalu, CAF rasminya menarik kejuaraan AFCON daripada Senegal dan meghadiahkannya kepada Maghribi. Namun FA Senegal (FSF) berkeras menolak keputusan tersebut dan mahu mencabar keputusan itu di CAS.
FSF berpegang kepada prinsip bahawa piala itu dimenangi di atas padang bukannya menerusi e-mail.
Terbaru, Romain Molina melaporkan bahawa, proses rayuan dibuat Maghribi sangat rumit dan berlaku banyak salah laku. Dan kemungkinan ada konflik kepentingan di dalam organisasi itu sendiri.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: According to an investigation led by Romain Molina and Sport News Africa, CAF allegedly manipulated the appeals jury to award AFCON to Morocco. 🇲🇦🤯
The process is said to be marred by serious irregularities and possible conflicts of interest within the… pic.twitter.com/Zqm4o1MaMG
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 30, 2026
Dakwaan dan laporan Romain Molina ini pasti akan membuatkan CAF tidak senang duduk.