Cristiano Ronaldo menganggap Ballon d’Or adalah anugerah yang sudah rosak. Dan dia lebih percaya kepada prestij Dubai Globe Soccer Award.
Ronaldo mengkritik pemilihan Rodri berbanding Vinicius Jr sebagai pemenang Ballon d’Or 2024.
Ronaldo berkata: “[Jude] Bellingham, Lamine Yamal, Vinicius Junior, pemain generasi muda ini melakukan tugas mereka dengan baik sekali. Pada pandangan saya, mereka berhak memenangi Ballon d’Or.
“Ianya anugerah yang tidak adil pada pandangan saya. Dan saya akan menyatakan perkara ini di hadapan semua orang.
“Mereka memberikannya kepada Rodri. Ya, dia layak. Namun saya rasa, mereka sepatutnya memberikannya kepada Vinicius Jr kerana dia memenangi Champions League dan menjaringkan gol pada final. Isu lain saya anggap tidak penting.
“Apabila seseorang itu berhak memenangi sesuatu mereka patut dapat apa yang mereka patut dapat. Sebab inilah saya suka dengan the Global Soccer Awards. Kerana kamu berterusan memberikan anugerah yang jujur.
Vinicius dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Dubai Globe Soccer Award.
Sementara CR7 dinobatkan sebagai pemain Timur Tengah terbaik.
🚨 OFFICIAL: Cristiano Ronaldo wins the Best Middle East player 2024 at the Globe Soccer Awards. pic.twitter.com/9N116fiX29
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 27, 2024
Vinicius Jr bangga menerima anugerah tersebut yang merupakan anugerah kedua dia terima sebagai pemain terbaik dunia selepas memenangi FIFA Best untuk kategori yang sama.
Sebelum ini Vinicius bengang dengan Ballon d’Or yang memilih Rodri berbandingnya. Dan dia serta kem Real Madrid memboikot anugerah tersebut.