Walapun sudah 9 tahun bersama Cristiano Ronaldo  mendedahkan bahawa dia dan Georgina Rodriqguez masih belum berkahwin kerana tak dapat lagi  ‘click’ atau titik penyatuan.

CR7 dianggap antara pemain bola sepak terbaik dalam sejarah dan merupakan salah seorang manusia yang paling terkenal di dunia di planet ini, kini disenaraikan sebagai orang yang paling banyak diikuti di Instagram.

Dengan kerjaya Cristiano Ronaldo yang luar biasa, perhatian umum tetap tertumpu kepada kehidupan peribadi pemain itu.

Dia berpacaran dengan Georgina Rodriguez selepas putus dengan kekasih lamanya Irina Shayk.

Liga Arab Saudi
Kredit Foto: AlNassr Saudi Club

Georgina dan Cristiano bertemu pada 2016 semasa dia bekerja sebagai pembantu jualan di kedai Gucci di Madrid, Sepanyol.

Sejak itu, pasangan itu telah memiliki 3 orangg anak biologikal, Alana Martina yang berusia 8 tahun dan Bella yang berusia 2 tahun.

Selain itu mereka turut membesarkan bersama anak bintang bola sepak itu dengan wanita lain iaitu: Cristiano Jr. berusia 14 tahun dan kembar berusia 7 tahun Eva Maria dan Mateo.

Cristiano dan Georgina adalah pasangan yang sangat terkenal di dunia. Mereka seringkali berkongsi kehidupan seharian keluarga mereka di media sosial.

Bila nak kahwin?

Dan, selama bertahun-tahun, terdapat spekulasi sama ada kedua-duanya akan berkahwin jua akhirnya, terutamanya kerana mereka kini berpangkalan di Arab Saudi, di mana adalah haram untuk tinggal bersama atau mempunyai anak sebelum berkahwin.

Namun kerajaan Arab Saudi memberikan pengecualian khas kepada pasangan tersebut untuk bersekedudukan walaupun tanpa hubungan perkahwinan yang sah.

Dan kini, video Cristiano menjelaskan mengapa dia menangguhkan cadangan untuk mengikat tali perkahwinan dengan Georgina, telah viral sekali lagi.

9 tahun bersama namun belum ada ‘click’

Sekiranya anda tidak kenal dengan siapa Georgina, wanita tersebut mempunyai rancangan Netflix yang popular, I Am Georgina, yang mendokumentasikan kehidupan mewahnya sebagai seorang ibu dan WAG.

Georgina berkata: “Mereka sentiasa bergurau tentang perkahwinan: ‘Bilakah perkahwinan itu?!

ronaldo

“Sejak lagu Jennifer Lopez ‘El Anillo’ keluar, mereka mula menyanyikannya kepada saya, dan itu bukan terpulang kepada saya.

Lagu 2018 J.Lo “El Anillo” menceritakan kisah seseorang yang tidak sabar menunggu pasangannya melamar, menyanyi dalam korus, “Saya ada semuanya, tetapi di manakah cincinnya?”

Menjelaskan mengenai situasi tersebut dalam pengakuan berasingan, Cristiano meyakinkan bahawa dia “1000% pasti” bahawa dia dan Georgina akan berkahwin satu hari nanti.

Tetapi buat masa ini mereka masih mencari ‘click’ atau titik penyatuan yang sebenar walaupun sudah 9 tahun bersama.

“Saya selalu memberitahunya: ‘Apabila kita mendapat klik itu,’ [maka kami akan berkahwin],”  kata Ronaldo sambil memberi isyarat satu klik dengan jarinya.

9 tahun bersama

“Seperti segala-galanya dalam hidup kami, dan dia tahu apa yang saya cakapkan. Boleh jadi dalam setahun, atau boleh jadi dalam enam bulan, atau boleh jadi dalam sebulan.”

Peminat memberikan pendapat berbeza tentang tindakan Ronaldo yang masih belum mengahwini Georgina Rodriguez meskipun sudah 9 tahun bersama.

Ada yang kurang setuju kerana menurut mereka: “Sudah 9 tahun bersama dan membesarkan ramai anak bersama, masih tak ada ‘click’?”

Yang lain pula berpendapat: “Mungkin CR7 cuba melindungi asetnya. Namun dia tetap memberikan kemewahan kepada Georgina.”