Cristiano Ronaldo kecewa dengan sikap segelintir pemain muda hari ini yang tidak mahu menyahut panggilan skuad kebangsaan.
Atau ada yang lebih mengutamakan kelab berbanding negara, terutama sekali pemain pemain muda Portugal.
Menurutnya pemain pemain ini suatu hari nanti akan menyesal. Kerana pengalaman bermain mewakili negara bukan semua orang boleh merasa.
Ronaldo berkata: “Saya sering kecewa dengan segelintir pemain yang tidak mahu bermain untuk pasukan kebangsaan [atas pelbagai alasan].”
Kenyataan tersebut kedengaran seperti peringatan kepada pemain muda dan bintang yang semakin meningkat di seluruh dunia. Di mana ada antara mereka yang memilih milih dalam tugasan kebangsaan.
Sedangkan Ronaldo sepanjang kariernya menganggap semua tugasan kebangsaan termasuk aksi persahabatan menentang negara kerdil juga satu perkara penting.
Ronaldo memiliki kerjaya yang penuh dengan trofi dan anugerah peribadi, namun dia menegaskan bahawa semua itu tidak dapat menandingi penghormatan menyarung jersi kebangsaan Portugal.
“Selepas bermain untuk banyak kelab, memenangi begitu banyak trofi, Liga Juara-Juara, Ballon d’Ors, anugerah FIFA… tiada yang setanding dengan mewakili negara kamu,” katanya.
Dia menambah: “Saya sangat kecewa dengan segelintir pemain yang enggan bermain untuk Portugal.
“Nikmatilah detik bermain untuk pasukan kebangsaan. Masa berlalu pantas, tiada yang lebih indah berbanding mewakili negara dan budaya kamu.”
❤️🇵🇹 Cristiano Ronaldo: “I get frustrated with some players who don’t want to play for Portugal”.
“Enjoy playing for the national team, time flies! There’s nothing better than represent your country and your culture”. pic.twitter.com/p639xzOLCv
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 12, 2024