Semasa saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022 semalam, nasib tidak menyebelahi pemain Jamaica, Samuel Ricketts apabila kasutnya rosak semasa bertarung dengan pasukan skuad negara.
Samuel yang ketika itu sedang beraksi menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam aksi Kumpulan D acara berpasukan campuran koyak sekali gus memaksa perlawanan yang berlangsung di National Exhibition Centre itu dihentikan seketika.
Sejurus itu, jurulatihnya datang menghampiri Samuel memberikan kasut sukan biasa (bukan kasut badminton) yang dipinjamkan oleh rakan sepasukan untuk meneruskan aksi.
Dalam rakaman video yang dikongsikan oleh Instagram @badlivepage, Tze Yong turut menawarkan kasutnya tetapi ditolak secara baik lawannya itu mungkin kerana saiz tidak sama. Jurulatih skuad Negara, Hendrawan datang ‘berkaki ayam’ dari tempat duduk jurulatih menunjukkan saiz kasutnya kepada Samuel dan dia bersetuju untuk memakainya bagi meneruskan aksi dalam perlawanan itu.
Tindakan Hendrawan itu telah mendapat pujian daripada warganet, ramai memuji sportmanship yang ditunjukkan beliau sangat tinggi dan berjaya menaikkan nama baik Malaysia dan Indonesia di mata dunia melalui acara sukan itu.
Selepas memberikan kasutnya, Hendrawan terus kembali ke bangku jurulatih hanya memakai stokin sahaja.
Dalam perlawanan itu, Tze Yong berjaya mengatasi Samuel menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-16.
Skuad badminton negara menang 5-0 ke atas Jamaica sekali gus mara ke suku akhir selepas turut merakam kemenangan 5-0 ke atas Zambia dalam aksi pertama kumpulan. Hari ini Malaysia akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan.
Nilai kemanusiaan itu amat membanggakan https://t.co/NemQSRN922
— Nik Hasyudeen (@hasyudeen) July 30, 2022
X terkata….🥰😘 spechless
Tqsm coach yg baik ati💟
Jasamu d kenang https://t.co/dCA1cXtXbR— ZuQisSara (@Zulfah67567564) July 30, 2022
MALAYSIA, INDONESIA and YONEX would be proud https://t.co/YqLnZEqXYa
— 🇲🇾 Zhafran 🇵🇸 (@zhafran_lxxvii) July 30, 2022
Inilah semangat kesukanan sebenar yang tidak ternilai harganya. Pertandingan bukan sekadar mengejar pingat tetapi nilai persahabatan dan kebersamaan yang menjadi keutamaan. Atlet dan para pegawai menjadi duta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Syabas!#DemiMalaysia https://t.co/QPqhN0zU63
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) July 30, 2022
Pesilat negara dipuji ramai selepas dia segera menutup kepada pesaing yang tertanggal tudungnya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Segera ‘Cover’ Kepala Pesaing Selepas Tudungnya Tertanggal, Pesilat Malaysia Dipuji Ramai
Warganet Puji ‘Sportmanship’ Ditunjukkan Atlet Paralimpik Greece Kepada Latif Romly
Kagum Dengan Pakaian Penggusti Malaysia, Anak Mat Saleh Gembira Dapat ‘Hadiah’ Tanjak