Pada usianya yang hampir 60 tahun Rosyam Nor mencabar dirinya untuk bersaing dengan pelakon pelakon muda untuk watak aksi.

Beliau kemudian memberikan contoh di Hollywood, masih ramai pelakon pelakon veteran yang masih menggalas watak dalam filem aksi. Jadi Rosyam Nor menjadikan itu sebagai motivasi kepada dirinya.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Rosyam Nor yang berusia 57 tahun, dia akan terus berlakon filem aksi selagi lagi ada stamina pada dirinya.

Dipetik daripada laman Xtra, pelakon legenda itu berkata: “Selagi saya boleh bergerak, boleh ada stamina dan diterima dalam kalangan pengarah muda ni saya akan berlakon aksi sampai bila-bila.

“Kalau tengok pelakon Hollywood tu sampai tua pun boleh berlakon aksi. Lagi pun sekarang dah banyak teknologi.”

Rosyam bersyukur kerana masih laku dan masih mampu mengekalkan kondisi fizikal dan staminan yang baik.

Rosyam baru sahaja menamatkan penggambaran filem aksi Original Gangster, dan seterusnya fokus kepada lakonan dalam filem aksi Kluang Man. Itu antara beberapa projek besar yang melibatkan Rosyam Nor yang seringkali digelar ‘hero tua’.

“Alhamdulillah, saya masih menjadi pilihan dan ada dapat tawaran untuk buat filem aksi, saya baru habis dengan pengarah, Syamsul dalam filem Original Gangster, sekarang tengah berlakon aksi Kluang Man.

“Nasib saya baik lah, walaupun usia begini tapi saya dapat mengekalkan fizikal, stamina okay, tapi tak macam muda dulu. ” kata beliau lagi.