Rosyam Nor telah meminta maaf di atas video kontroversinya tentang rumah pelacuran, dan pada masa yang sama menyarankan netizen untuk melihat video penuh.

Sebelum ini Rosyam Nor menimbulkan kontroversi kerana dia menyatakan bahawa rumah pelacuran adalah satu keperluan di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini untuk mengatasi masalah jenayah seskual melibatkan warga asing di negara kita.

Menurut Rosyam, ada berjuta juta warga asing di negara kita yang bekerja di sini, meninggalkan isteri mereka. Jadi, mereka akan mencari cara untuk melepaskan nafsu mereka.

Tidak mahu warga asing ini bertindak seperti menganggu wanita di Malaysia termasuk anak dara orang Malaysia, maka Rosyam Nor dalam video pendek itu menyatakan rumah pelacuran adalah perlu.

Pandangan itu mengundang kecaman ramai pihak. Ini termasuk pendakwah bebas, Ridhuan Tee yang menganggap Rosyam Nor memberikan pandangan bodoh dan pendek akal.

Ridhuan Tee Sekolahkan Rosyam Nor Jangan Bagi Cadangan Bodoh Dan Pergi Mengaji

Namun begitu Rosya Nor tampil menjelaskan tentang video tersebut. Ini kerana video yang pendek dimuat naik di TikTok itu hanyalah sebahagian kecil daripada video sebenar.

Ianya cuma video untuk promosi kepada siaran podcast Suhan Channel dengan topik berjudul Otak Porno.

Rosyam berkata: “Assalamualakum, alamak, kecoh betul ya, satu dua hari ni pasal isu rumah pelacuran. Yang kononnya aku buat kenyataan.

“Apa apa hal, aku minta maaf dulu. Sebab aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar.

“Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast aku dekat Suhan Channel yang tajuk dia Otak Porno. Itu adalah perbincangan,” jelas beliau.

Rosyam Nor kemudian meminta netizen untuk menonton video penuh tentang perbincangan tersebut.

“Aku rasa, baik semua kalau ada masa pergi ke Suhan Channel untuk tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan dan sekali lagi minta maaf di atas kecelaruan yang berlaku,” tegas Rosyam.