Sudah menjadi kewajipan makanan yang disediakan khususnya di restoran mementingkan kebersihan serta kesegaran makanan. Menawarkan makanan yang lama atau sudah rosak berkemungkinan akan mengundang kepada masalah kesihatan kepada para pelanggan yang menjamah makanan tersebut.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Facebook Dhia Fadhila menerusi perkongsian Facebook Group Kampung Bukit Kuang, Kemanan Terengganu meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah restoran ternama yang popular dengan hidangan ayam goreng cawangan Kemaman.
Baca Juga:
- ‘Saya Ada Terlepas Apa-Apa Ke?’ – YB Terkejut Dapat Ayam Goreng KFC Sebesar Peket Sos Cili
- Persis Makan Di Restoran Mewah, Netizen Terkejut Lihat Cara Layanan Di KFC Pada Tahun 1980an
- Tidak Dijemput Kerana Makanan ‘Non-Halal’, Tindakan Jiran Belanja KFC Sebagai Ganti Raih Pujian Netizen
Menurut perkongsian wanita ini, beliau telah menerima set hidangan yang dipesan dalam keadaan roti keras dan berkulat manakala manakala ayam pula seakan tidak masak dan berbau seolah ayam lama.



Beliau turut mengakui sebelum ini pernah membaca rintihan pelanggan lain yang kecewa dengan restoran ternama cawangan Kemaman namun nasib yang sama turut menimpa beliau baru-baru ini.
Pertanyaan beliau mengenai mereka yang mengalami pengalaman buruk terhadap cawangan ini turut menerima pelbagai respon di kalangan netizen dan pelanggan.



Berdasarkan respon di kalangan netizen, rata-rata memiliki pengalaman buruk dengan restoran terkemuka ini. Malah, terdapat netizen yang turut mencadangkan agar wanita ini membawa semula makanan ini ke kaunter yang dipesan untuk melaporkan kualiti makanan yang ditawarkan.
Melihat kepada jumlah cawangan yang dimiliki restoran terkemuka ini, diharap restoran ini segera memperbaiki isu yang berlaku agar tidak kehilangan lebih banyak pelanggan pada masa akan datang.