Kejayaan Manchester City sepanjang sedekad lalu disifatkan sebagai tidak bernilai oleh Roy Keane, yang berkata dia akan “buang pingat-pingat tersebut ke dalam tong sampah” jika dia merupakan pemain kelab berkenaan.
Manchester City didapati bersalah dalam skandal penipuan kewangan hampir £1 bilion selepas Premier League menerbitkan dapatan Suruhanjaya Bebas setebal 40 muka surat susulan siasatan selama tiga tahun.
Dokumen tersebut memperincikan bagaimana pemilik kelab menyalurkan wang ke dalam akaun melalui perjanjian penajaan dan hak imej yang nilainya telah dinaikkan.
Penerbitan dapatan itu mencetuskan kecaman meluas terhadap apa yang berlaku kepada juara Premier League lapan kali tersebut sepanjang tempoh 15 tahun.
Roy Keane: “Buang pingat-pingat itu ke dalam tong sampah”
Ketika mengulas perkara tersebut dalam siaran ITV sempena aksi Nations League England di Republik Czech, Keane berkata:
“Mereka tahu perkara ini akan menyakiti ramai orang tetapi mereka tetap melakukannya. Jika saya seorang pemain yang menikmati kejayaan sepanjang beberapa tahun lalu, yang selama ini kita berikan banyak pujian dan kredit, saya 100 peratus akan membuang pingat-pingat itu ke dalam tong sampah.”
“Sudah tentu anda akan berasa dikhianati. Ini adalah penipuan. Anda dengar pelbagai perkara mengarut daripada bekas pemain yang mengatakan kejayaan itu dicapai di atas padang. Ia adalah penipuan. Penipuan memang berlaku.
“Ia sesuatu yang sukar untuk pemain dan pengurus. Kepercayaan atau keyakinan terhadap kelab bola sepak itu, terhadap apa yang mereka perjuangkan, apabila anda mempunyai pemilik yang sanggup menipu, ia sangat sukar.
“Amat sukar untuk pemain-pemain ini mengekalkan tahap kecemerlangan yang sama selepas ini.”