Legenda Manchester United, Roy Keane mengkritik Gareth Southgate dalam meletakkan Trent Alexander-Arnold sebagai pemain tengah pada dua aksi awal Euro 2024.

Awal pagi tadi menyaksikan buat kali kedua beliau diletakkan sebagai pemain tengah oleh pengendali pasukan, Gareth Southgate dimana England terlepas peluang mengesahkan kemaraan selepas seri 1-1.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Bintang Liverpool dilihat itu telah bekerja keras dalam posisi tersebut untuk negaranya dalam jangka masa yang panjang tetapi jelas sekali beliau masih bergelut ketika menghadapi Denmark.

Keadaan tersebut nyata tidak disenangi para penyokong England dan tindakan Southgate itu dipersoalkan banyak pihak.

“Apabila anda dikeluarkan dalam dua perlawanan, itu bukan tanda yang baik,” ujar Keane menurut sumber laporan Sportbible.

“Saya fikir ia selalu menjadi pertaruhan besar untuk memainkannya (sebagai pemain tengah), seorang pemain yang tidak bermain di posisi asal untuk kelabnya.”

“Saya tahu orang kata dia beralih ke peranan tersebut untuk Liverpool. Beralih ke satu posisi dan memulakannya adalah sangat berbeza.”

“Saya pernah bermain di tengah dan ia adalah posisi yang sukar untuk dimainkan, secara fizikal, mendapatkan jarak anda.”

“Alexander-Arnold beraksi kurang baik dalam dua perlawanan ini. Ia bukan semua salah dia. Anda mungkin perlu meletakkan (kesalahan) ini pada Gareth, ia adalah pertaruhan besar untuk seorang bek sayap masuk ke tengah padang.”

“Ini bukan berdepan pasukan Perancis atau Sepanyol. Ini bertemu dua pasukan yang anda fikir England akan selesa menentangnya.”

“Ia adalah tugas besar untuknya dan dia tidak mampu menanganinya,” tambah Roy Keane lagi.

Sumber