Legenda Manchester United, Roy Keane mendakwa bahawa kekasaran yang pernah mematahkan kaki bapa kepada Erling Haaland, iaitu Alfie Haaland bukan satu terjahan berbahaya.

Insiden panas itu berlaku ketika pertemuan Manchester United berkunjung ke Elland Road untuk berhadapan Leeds United pada September 1997.

Baca Juga:

Keane merupakan seorang pemain yang gemar bersaing dan beraksi penuh agresif di atas padang. Namun, ketika cuba membuat satu terjahan, beliau rebah kesakitan selepas ligamen lututnya koyak.

Ketika Keane terbaring di atas padang sambil memegang lututnya menahan sakit sebenar, Haaland berdiri di sebelahnya sambil mengejek serta menuduh Keane berpura-pura cedera.

Keadaan itu nyata membuatkan Keane berang dengan tuduhan tersebut dan kemuncak perseteruan itu hadir berselang empat tahun kemudian untuk membalas dendam dimana ketika itu Alfie Haaland sudah menyarung jersi Manchester City.

Keane nyata tidak mensia-siakan peluang itu apabila beliau menjadikan lutut Haaland sebagai sasaran utamanya.

Keane kemudiannya berdiri sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat dan langsung tidak berpura-pura bahawa insiden itu adalah satu kemalangan.

Komen Pedas Roy Keane

“Saya sudah tunggu cukup lama. Saya ‘bantai’ dia teruk — s*al. Bola memang ada di situ (saya rasa). Ambil itu kau, bang**t. Dan jangan sekali-kali berdiri atas saya sambil menyindir tentang cedera palsu,” ujar Keane menurut sumber laporan Goal.

“[Dia] buat saya marah, asyik bercakap besar. Dia memang seorang yang menyakitkan untuk dilawan. Menyentap, licik,” tulisnya.

“Saya memang mahu hantuk dia dan beri dia pengajaran. Saya mahu mencederakan dia, berdiri di atas dia dan berkata: ‘Ambil itu, kau bang**t.’”

“Saya tak menyesal tentang itu. Tapi saya tiada niat untuk mencederakan dia. Itu tindakan, itu bola sepak. Itu sifat ‘anjing makan anjing’.”

“Saya dah banyak kali menendang pemain dan saya tahu beza antara menyakitkan seseorang dan mencederakan seseorang. Saya tidak berniat untuk mencederakan Haaland. Bila main sukan, kau tahu cara untuk mencederakan seseorang.”

“Tiada perancangan awal. Saya dah bermain menentang Haaland tiga atau empat kali antara perlawanan menentang Leeds, pada 1997, ketika saya mencederakan ligamen saya dan perlawanan ketika saya menendangnya, pada 2001, ketika dia bermain untuk Manchester City.”

“Kalau saya ini gila yang mencari peluang nak balas dendam, kenapa saya tunggu bertahun-tahun untuk peluang mencederakannya?”

“Adakah saya berjalan selama bertahun-tahun berfikir: ‘Saya akan dapatkan dia, saya akan dapatkan dia.’? Tidak. Adakah dia sentiasa bermain di fikiran saya? Sudah tentu. Sama seperti Rob Lee, David Batty, Alan Shearer, Patrick Vieira. Semua pemain ini sentiasa bermain di belakang fikiran saya: ‘Kalau dapat peluang, saya akan hantuk kau, memang akan.”

“Ini kali terakhir saya bercakap tentang terjahan ini yang melibatkan Haaland. Saya masih tak rasa ia terjahan yang teruk, betul-betul tak.”

“Saya tak kisah apa orang kata. Ia bukanlah seteruk yang orang sangka. Apabila kau main sukan pada kelajuan macam kita main dulu, ada beza antara menyakitkan seseorang dan mencederakan seseorang.”

“Beza yang besar. Itu hujah saya. Saya cuba nak sakitkan dia, bukan nak mencederakan sesiapa,” tambah Keane lagi.

Sumber