Kebanyakkan penghuni rumah mewah kurang gemar menunjukkan ruangan dalaman rumah mereka atas faktor privasi. Bagaimanapun, ada segelintir daripadanya yang berbesar hati untuk berkongsi menjadi tatapan orang ramai.

Baru-baru ini seorang jurugambar berpeluang berjumpa dengan seorang pemilik rumah vila mewah dan wanita itu sudi membawa jurugambar itu house tour mengelilingi rumahnya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun video house tourĀ berdurasi dua minit yang dimuat naik TikTok @haowaihw itu pendek, ternyata ia tetap mencuri perhatian orang ramai.

@haowaihw

Unexpected villa tour šŸ¤ÆšŸ¤ÆšŸ¤Æ before supercar photoshoot !! #luxurycars #mclaren #porsche911 #villa #carsoftiktok #fyp #viral #foryou

ā™¬ original sound – HW – HaoWai HW

Apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu, penonton video itu dapat melihat ruang tamu terbentang luas dihiasi dengan lukisan seni diletakkan pada dinding.

Bayangkan, luas saiz ruang tamu vila mewah itu mampu memuatkan dua buah supercar diletakkan pada satu ruangan berhampiran ruang tamu.

Menurut wanita itu, kedua-duaĀ supercarĀ itu merupakan kereta kegemarannya dan ia merupakan satu permandangan menarik untuk dilihat semasa makan tengah hari dan makan malam.

“Ini McLaren Artura, berwarna Serpentine GreenĀ dan merupakan unit pertama berdaftar di Malaysia. Warnanya berubah mengikut pantulan cahaya matahari.

“Manakala di sebelahnya pula merupakan Aston Martin DB11. Sebuah kereta yang sangat selesa untuk digunakan setiap hari,” kata pemilik rumah vila tersebut.

Selain itu, beliau juga memiliki beberapa kereta lain seperti Lamborghini Urus, Porsche 911 dan Bentley.

Sumber Gambar: TikTok @haowaihw

Kemudian wanita itu membawa @haowaihw mengelilingi beberapa kawasan lain di dalam rumah.

Terdapat sebuah kolam renang bersebelahan kawasan gim dalam rumah. Dalam gim itu pula mempunyai tangga dan lif untuk naik ke tingkat atas.

“Rumah ini ada lif kerana saya malas guna tangga,” seloroh pemilik vila itu.

Menurutnya, rumah itu mempunyai empat tingkat dan ada sebuah ruangan balkoni di tingkat paling atas sekali.

Sumber Gambar: TikTok @haowaihw

Di tingkat kedua mempunyai tangga berpusar menghubungi tingkat ketiga.

Tingkat itu dijadikan ruangan untuk beriadah, di mana terdapat beberapa mainan ada di situ. Antaranya bola keranjang mini, hoki ais mini, set lengkap snuker, set ping pong dan permainan arked.

Selain itu, pada tingkat itu juga mempunyai ruangan hiburan yang dijadikan bilik wayang dan bilik karoke.

Wanita itu turut membawa @haowaihw ke satu ruangan yang mempunyai mesin arked cakar besi (claw machine), di mana tetamu boleh bermain dan membawa pulang mainan yang mereka dapat.

Di dalam vila mewah itu juga mempunyai hiasan puluhan patungĀ bearbrickĀ pelbagai jenis saiz dan warna.

Sumber Gambar: TikTok @haowaihw
Sumber Gambar: TikTok @haowaihw
Sumber Gambar: TikTok @haowaihw
Sumber Gambar: TikTok @haowaihw
Sumber Gambar: TikTok @haowaihw

Rata-rata ramai yang memuji wanita itu yang perwatakannya lemah-lembut dan sangat merendah diri.

Dalam pada itu, orang ramai juga mengucapkan terima kasih kepada @haowaihw serta wanita itu kerana membawa merekaĀ house tour vila mewah itu.

“Terima kasih buatĀ house tourĀ ini. Selalu lalu depan rumah ini, akhirnya dapat juga lihat dalam rumah dan owner rumah itu sendiri,” ujar salah seorang netizen.