Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mempertahankan keputusan kelab untuk beraksi di Malaysia dan Hong Kong selepas saingan Liga Perdana Inggeris musim ini berakhir.

The Red Devils akan menentang ASEAN All Stars di Kuala Lumpur pada 28 Mei sebelum bertandang menentang Hong Kong dua hari kemudian.

Baca Juga:

United akan terbang ke Asia sejurus selepas perlawanan liga terakhir mereka musim ini di tempat sendiri menentang Aston Villa pada 25 Mei.

Ruben Amorim Sokong Keputusan Kelab

Ruben Amorim
Soccer Football – Premier League – Tottenham Hotspur v Manchester United – Tottenham Hotspur Stadium, London, Britain – February 16, 2025 Manchester United manager Ruben Amorim talks to Diogo Dalot during a break in play Action Images via Reuters/Paul Childs

“Ya sudah tentu. Kami perlu melihat konteks kelab. Kami menaikkan [harga] tiket kami untuk peminat kami.

“Kami melakukan semua ini jadi kami juga perlu membuat pengorbanan – dan [ia] adalah pengorbanan kecil. Ia akan mengambil masa enam hari dan kami membuat hubungan dengan peminat kami di seluruh dunia.

“Mereka datang ke sini setiap hujung minggu untuk melihat perlawanan di Old Trafford, jadi semua orang dalam kelab berkorban.

“Ini tiada apa-apanya berbanding apa yang orang lakukan untuk menonton perlawanan kami. Kami akan melakukan bahagian kecil kami.

“Kami bertuah berada di sini dan kami bergerak ke hadapan kerana lawatan itu akan membantu kami juga untuk meningkatkan pasukan jika kami perlukan,” kata Ruben Amorim.

Ruben Amorim
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

United mempunyai jumlah peminat yang ramai di Malaysia dan Malaysia Airlines ialah rakan kongsi syarikat penerbangan komersial rasmi kelab itu.

Kali terakhir mereka bermain di Malaysia ialah pada 2009 dan lawatan mereka ke Hong Kong sebelum ini ialah pada 2013.

Beban kerja yang meningkat telah dibincangkan secara meluas musim ini, dengan Piala Dunia Kelab yang diperluaskan oleh FIFA dan format Liga Juara-Juara Eropah yang lebih besar.

“Kami cuba menangani perkara itu. Kami akan mengembara dalam keadaan yang sangat baik. Kami cuba bergilir,” kata Amorim mengenai isu kebajikan pemain.

“Kami mahu menunjukkan pemain kami kepada peminat kami di bahagian lain dunia, dan tugas saya untuk menguruskan semua pemain.

“Kami akan cuba menangani pemain berbeza yang akan menyertai pasukan kebangsaan.

“Kami akan cuba mengatur segala-galanya dan tidak sukar untuk melakukannya.”