Ini bukanlah kali pertama kita mendengar perniagaan terpaksa ditutup dek kerana siri perintah kawalan pergerakan yang berlangsung sejak Mac sebelum ini. Malah seperti yang kita sedia maklum hampir kebanyakan perniagaan melalui detik-detik sukar sejak kebelakangan ini.

Tidak terkecuali daripada tempias yang melanda sektor perniagaan ketika ini adalah bekas penyanyi Rahmat Mega atau Rahmad Tohak yang baru-baru ini terpaksa membuat keputusan untuk menutup tapak perniagaan gerai makanan dan nyanyian The Stage by Rahmad Mega yang terletak di Kuala Lumpur.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Capture

Menurut perkongsian yang dibuat di akaun Facebook Rashib Rasta, Rahmad yang pernah popular dengan lagu hitsnya Bayangan Gurauan dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara berkata keputusan itu terpaksa dibuat demi mengelakkan pihaknya menanggung kerugian yang berterusan dek situasi perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

“Atas dasar yang tidak dapat dielakkan lah, kerana situasi PKP yang berterusan kita terpaksa akur dengan suasana,” katanya.

Walaupun tidak memberitahu kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh PKP, namun Rahmad menjelaskan dia menanggung kerugian yang agak besar kerana masih terpaksa membayar sewa penuh.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk tutup kerana tidak mahu terus menanggung kerugian. Memang ketika PKPB, kita sudah boleh berniaga, tetapi suasana berbeza.

“Bayangkan, saya mempunyai 300 meja, tetapi disebabkan penjarakan sosial, satu meja boleh diduduki dua pelanggan. Jadi, hanya 50 pelanggan dalam satu masa. Macam mana jumlah berkenaan nak menanggung bayaran sewa?,” katanya kepada Berita Harian.

Mengakui bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk membangunkan perniagaan itu, Rahmad bagaimanapun menjelaskan perkongsiannya itu hanyalah sekadar kenangan bersama perniagannya yang hanya sempat beroperasi selama lima bulan sahaja.

Malah dia juga mengakui berasa sedih setiap kali melihat para pekerjanya yang mengemas barang ketika proses penutupan perniagaan miliknya itu selepas mengenang kembali usaha yang telah dilakukan sebelum ini.

Memang ramai usahawan dan perniagaan yang terjejas dengan situasi COVID-19 ketika ini. Baca perkongsian pemuda ini yang terpaksa tutup kedai hanya selepas dua bulan beroperasi setelah berusaha selama dua tahun. 

‘Usaha 2 Tahun Operasi 2 Bulan, Bila PKP Sebulan Terus Tutup Kedai’

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Sumber