Ruhainies kecewa dengan tuduhan segelintir pihak yang menuduhnya sebagai ‘dibela’ oleh sugar daddy. Ini selepas Ruhainies seringkali menayangkan kemewahannya di media sosial.
Ruhainies memiliki kereta mewah kemudian seringkali berbelanja sakan untuk membeli barangan mewah. Seterusnya Ruhainies juga dilaporkan memiliki hartanah di kawan kondominium elit di Pavillion Suites, Bukit Bintang.
Ramai yang mempersoalkan dari mana Ruhainies mendapat semua kemewahan tersebut? Malah ada yang menganggap pendapatan Ruhainies sebagai artis tidak mungkin akan membuatkan dia mampu menikmati semua kemewahan tersebut.
Menurut Ruhainies, segala kemewahan yang dikecapinya adalah hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini sebagai seorang artis. Ruhainies juga aktif menjadi duta produk terkemuka yang membantunya meraih pendapatan tambahan.
Ruhainies menegaskan bahawa dia hanyalah seorang yang mahu hidup bahagia dan tidak peduli dengan mulut jahat yang suka mengejinya.
Ruhainies mahu pihak yang membuat tuduhan itu agar tampil dengan bukti mereka. Dipetik dari laman Beautifulnara, Ruhainies berkata: “Saya cuma nak hidup bahagia. Orang boleh cakap apa yang mereka mahu tapi saya bayar bil saya sendiri.
“Media sosial boleh tipu sana sini. Saya ada ‘sugar daddy’, ada video tak senonoh, voice recording tak senonoh apa semua.”
“Persoalannya, mana bukti? Kenapa tak keluarkan kalau ada. Benda yang lain-lain boleh pula keluarkan tentang saya.”
Ruhainies kemudian akur bahawa ketika ini ramai yang tidak sukakannya. Jadi apa sahaja yang keluar daripada mulutnya tidak akan disukai orang dan orang tak akan percaya.
Terutama sekali selepas kontroversi dia dengan Aliff Aziz baru baru ini. Ruhainies dan Aliff Aziz kekal menafikan mereka bersalah dalam kes khalwat tersebut.