Pembongkar maklumat atau whistleblower bernama Rui Pinto kini secara rasmi sudah tidak lagi berada dalam perlindungan saksi oleh kerajaan Portugal selepas Rabu lalu.
Dia sebelum ini ditempatkan di sebuah lokasi rahsia dan tidak dibenarkan untuk pulang ke rumahnya, atau berada di tempat awam.
Pinto juga tidak dibenarkan berhubung dengan keluarganya, sepanjang dia berada di dalam status perlindungan saksi.
Namun kini perlindungan itu sudah berakhir. Dan Rui Pinto memohon untuk dilanjutkan lagi tempoh tersebut.
Rui Pinto ketika ini tiada perkerjaan dan tiada tempat tinggal di Portugal selepas dia sudah tidak lagi berada di bawah perlindungan saksi oleh kerajaan Portugal.
Rui Pinto juga memberitahu alasan utama dia meminta perlindungan saksi itu dilanjutkan kerana keselamatannya kini sangat terancam.
Ini selepas Manchester City disahkan bersalah di atas kesemua pertuduhan ke atas mereka. Pertuduhan itu bermula daripada kebocoran maklumat yang dikongsi oleh Rui Pinto dengan Der Spiegel.
Di mana Rui Pinto menggodam sistem komputer Man City dan mencuri fail rahsia daripadanya. Rui Pinto kemudian menghubungi Der Spiegel yang seterusnya membawa kepada pendedahan dokumen tersebut kepada dunia.