Rumah sekecil 336 kaki persegi boleh tampak luas jika kedudukan fungsi setiap ruang disusun dengan betul kerana ia akan menjimatkan ruang dan dapat digunakan secara efektif. Ini terbukti dengan rumah kontena saiz 10.5′ x 32′ yang telah dibina oleh Minimaliste Homes di Quebec, Kanada.

Senireka dalamannya sangat menarik dan cantik meskipun ia hanya mempunyai keperluan rumah yang asas sahaja secantik namanya, The Sakura. Di bahagian luar pula ia menggunakan pewarna semi telus, dan logam biru heron.

Lobi

rumah kontena sakura 4

rumah kontena sakura 16

Pintu utama jenis bertingkap membuatkan ruang dalaman kelihatan lebih luas dan menerima lebih pencahayaan terutama di bahagian ruang tamu yang berdepan dengannya. Di sebelah pintu utama terdapat tangga mudah alih yang turut menempatkan kotak suis elektrik utama.

Ruang Tamu

rumah kontena sakura 1

rumah kontena sakura 2

Oleh kerana pemilik rumah ini suka makan di ruang tamu, pereka rumah telah menempatkan sebuah meja kopi yang boleh diubah menjadi meja makan. Malah sofa boleh disusun atur semula ikut keperluan tuan rumah bagi mencipta keselesaan buat tetamu.

Dinding di belakang ruang tamu dan sofa mempunyai ruang simpanan. Bagi rumah sekecil ini ia begitu penting menyediakan ruang penyimpanan yang banyak tapi tidak menyerabutkan kepala pemilik rumah. Maka, banyak ruang simpanan yang tersorok disediakan.

Lantai Rumah

Tambah unik dan sesuai dengan keadaan cuaca di Kanada, rumah kontena ini mempunyai hydronic heated floors. Ia memberikan keselesaan dan rasa nyaman buat penghuni rumah terutama di musim sejuk.

Dapur

rumah kontena sakura 12

rumah kontena sakura 13

rumah kontena sakura 14

rumah kontena sakura 15

Kabinet dapur ini direka khas bagi menempatkannya di ruang yang terhad ini. Meskipun begitu ia masih lagi menyediakan keperluan asas untuk aktiviti memasak. Ia mempunyai sinki, ruang memotong, tempat memasak elektrik, dan peti sejuk saiz besar. Apabila anda berada di dapur ini, ia seperti dapur di rumah besar, siap dengan combo washer and dryer machine.

Bilik Air

rumah kontena sakura 3

rumah kontena sakura 17

rumah kontena sakura 19

rumah kontena sakura 18

rumah kontena sakura 20

Ini satu lagi ruang yang wow! Wow sebab ia mempunyai sebuah bath tub saiz besar. Anda boleh baring berendam di situ dengan selesa. Ia dangat jarang ditempatkan di dalam rumah kontena. Tapi pereka rumah ini bijak mengatur ruang dan peralatan bilik air.

Ruang Bacaan

rumah kontena sakura 3

rumah kontena sakura 6

rumah kontena sakura 8

rumah kontena sakura 9

Di bahagian atas bilik air pula terdapat ruang bacaan yang selesa siap dengan rak buku tersergam indah. Ia turut mempunyai tangga yang menghala ke atas bumbung.

Bilik Tidur

rumah kontena sakura 5

rumah kontena sakura 10

rumah kontena sakura 11

rumah kontena sakura 21

Ini ruang penting selepas ruang tamu. Pemilik rumah mahukan ruang syiling yang tinggi bagi memastikan dia boleh berdiri di situ tanpa perlu menunduk. Dalam masa yang sama ia boleh menempatkan katil saiz queen. Lagi sekali pereka memanfaatkan ruang dengan memilih katil yang mempunyai ruang simpanan di bawahnya. Di sebelah katil pula ditempatkan dua buah almari besar.

Agak-agak berapa kos pembinaan rumah kontena cantik seperti ini? Ia sesuai untuk orang bujang atau pasangan yang baru berkahwin untuk 2 orang.

Tapi jika mahu rumah kontena saiz sekecil 160 kaki persegi dan boleh menempatkan 4 orang tidur dalam satu masa, anda boleh lihatnya di sini. Sesuai untuk rumah sewa atau pasangan yang ada anak kecil.