Sebelum ini, rumah hantu pandu lalu di Negeri Sembilan ‘hype’ di TikTok dan ramai orang telah berkunjung ke rumah hantu, ‘Misteri Trak Kuning’ tersebut untuk merasai sendiri pengalaman seram yang menjadi bualan.

Difahamkan, rumah hantu itu telah ditutup selepas penduduk setempat mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan di sana hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung..

Baca Juga:

Watch on TikTok

Menurut laporan, pihak polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka.” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad.

Watch on TikTok

Susulan itu, pihak pengurusan Misteri Trak Kuning tersebut yang membuat penjelasan dan permohonan maaf kepada pihak yang terbabit. Malah, pihak pengurusan akan cuba sehabis baik untuk bertemu dengan pihak berkuasa tempatan untuk dapat membuka kembali rumah hantu tersebut sekaligus membantu pembangunan eko pelancongan di Rembau.