Kediaman yang terletak di alamat No.99, Felda Kemasul, Bentong, Pahang itu sering menjadi bualan orang ramai sehingga viral di laman media sosial setahun yang lalu.

Bukan sahaja cantik malahan reka bentuknya bagaikan sebuah kediaman di dalam cerita-cerita fantasi. Sungguh, ia berbeza dengan kebanyakan kediaman lain. Tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik ‘mahligai’ itu tersembunyi kisah kegigihan seorang insan, yang sepatutnya menjadi teladan umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

11065404_877224615648959_408651586_o

“Saya tidak mengeluarkan sebarang modal untuk membina rumah ini, sebaliknya sekadar mengutip bahan asas dari merata tempat di kawasan tanah rancangan ini,” kata pemilik mahligai tersebut, Tarmidi Marsom, 61, memulakan ceritanya.

‘Contohnya, saya mengumpul batu-batu di sungai dan mengambil baki pasir di tapak pembinaan yang sudah selesai,” katanya.

felda4

felda2

Menurut Tarmidi, beliau membina rumah itu secara berdikit sehinggalah akhirnya ia siap dan sempurna.

“Saya masuk ke tanah rancangan pada tahun 1980 dan lima tahun kemudian saya mula mendirikan rumah ini secara perlahan-lahan. Kira-kira 29 tahun kemudian barulah rumah ini berjaya disiapkan,” jelas beliau.

Ditanya mengenai idea dan reka bentuk, Tarmidi memberita bahawa idea untuk membina rumah berkenaan datang secara spontan.

“Impian saya satu, ingin bina rumah yang lain daripada yang lain dan impian itulah yang menjadi sumber motivasi saya sepanjang tempoh menyiapkan rumah ini,” katanya lagi.

felda3

felda1

Selain kreativitinya sendiri, Tarmidi turut dibantu isterinya dalam usaha menjadikan rumah berkenaan sebagaimana keadaannya sekarang.

“Warna cat rumah ini misalnya adalah pilihan isteri saya. Begitu juga dengan dekorasi dalaman, semuanya saya serahkan pada dia,” jelas Tarmidi.

Memasuki ruang tamu rumah yang mempunyai tiga bilik itu akan membuatkan anda terpegun walaupun hiasan dalamannya nampak ringkas namun keaadaannya begitu kemas dan teratur.

Di ruang tamu terdapat sofa, cermin, bingkai gambar keluarga serta ayat-ayat suci al-Quran. Barang hiasan turut diletakkan di sudut-sudut tertentu dalam rumah itu.

11056959_876681355703285_1872684521_n

11079386_876682222369865_1491169475_n

Di bahagian atas rumah terdapat balkoni yang disediakan khas untuk anggota keluarga bersantai bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain.

“Di sinilah tempat kami sekeluarga menghabiskan masa bersama. Sudut ini juga dijadikan tempat cucu-cucu bermain,” katanya merupakan ketua blok di tanah rancangan tersebut.

Kolam ikan yang terletak di hadapan rumahnya turut menjadi tumpuan mereka yang berkunjung. Katanya lagi, walaupun sibuk dengan aktiviti harian, beliau amat menitikberatkan kebersihan rumah