Sebagai seorang anak, kita tidak mampu membayar semula segala pengorbanan yang dibuat oleh kedua ibu bapa kita — hatta dibayar segunung emas sekali pun.

Baru-baru ini seorang lelaki dipuji netizen selepas beliau mengubahsuai bilik sewa menjadi seakan hotel 5 bintang untuk ibunya.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Menurut TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii, beliau make over bilik sewa setelah mendapat tahu rumah ibunya akan dirobohkan.

Tidak tunggu lama, Lokman segera mencari inspirasi menerusi carian Google.

Sumber Gambar: Google via TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii

Sejurus menjumpai inspirasi, beliau membeli pelbagai barangan yang diperlukan dan memulakan kerja-kerja make over salah satu bilik di rumah sewanya.

Untuk menaikkan mood bilik itu, Lokman mencari barangan dekorasi yang berpatutan untuk menceriakan bilik tersebut.

Untuk memudahkan ibunya mengaji atau menonton television, Lokman mendapatkan sofa recliner pada harga ‘durian runtuh’.

Sumber Gambar: TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii

Untuk memudahkan ibunya, Lokman telah memasang kawalan peralatan elektronik di dalam bilik itu menggunakan telefon pintar.

Jadi ibunya tidak perlu bersusah payah untuk bangun membuka dan menutup lampu serta kipas. Cukup dikawal menggunakan telefon pintar sahaja.

Beliau turut meletakkan remote aircond pada kepala katil sahaja untuk memudahkan ibunya.

Sumber Gambar: TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii

“Jadilah walau sebuah bilik, yang penting emak gembira. Alhamdulilah,” ujar Lokman.

Ramai netizen tumpang gembira melihat hasil make over yang cantik itu.

Netizen turut memuji usaha yang dilakukan oleh pemuda itu dalam berbakti semula kepada ibunya.

Orang ramai juga mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat Lokman dan ibunya.

“Rezeki awak ada ‘keramat’ dalam rumah awak lagi. Doanya akan sentiasa bersama keluarga awak. Moga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Pengakhiran lebih baik dari permulaan,” ujar salah seorang netizen.

Sumber Gambar: TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii
Sumber Gambar: TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii
Sumber Gambar: TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii