Sebuah rumah yang kelihatan unik dan berlainan di barisan rumah teres satu tingkat ini pasti mengundang orang ramai berasa kagum apabila melihat rekabentuk luaran rumah. Pastinya ia boleh mencetuskan rasa cemburu di hati apabila melihat bahagian dalaman rumah pula.

01

23 Terrace terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) yang terkenal sebagai sebuah kawasan kelas pertengahan atas pinggir bandar Kuala Lumpur. Rumah yang dibina dalam tahun 80-an ini diubahsuai dari sebuah rumah teres setingkat menjadi sebuah rumah teres dua tingkat yang diatur semula senibinanya dengan sentuhan moden kontemporari dan minimalis.

02

Bahagian depan muka rumah teres ini memiliki bukaan yang luas, dengan berdindingkan kaca balustrade dan pintu kayu. Ia turut dipasang pintu jeriji keselamatan minimalis dan pintu pagar. Pada waktu senja, rumah berubah menjadi lentera yang menebarkan bayang-bayang realistik di anjung simen di depan rumah ini.

04

Ini bahagian dalaman rumah 23 Terrace. Apabila dibuka pintu utama, keseluruhan ruang bawah seperti ruang tamu, tangga, ruang makan dan dapur jelas kelihatan. Semua dinding tengah yang asal diruntuhkan bagi menghasilkan bukaan luas dan lapang.

05

Unik tangga rumah ini apabila ia ke arah 2 hala yang berbeza. Masih mengekalkan ciri minimalis, rekaan tangga ini juga seperti kelihatan tergantung dengan batang-batang besi halus memegang struktur tangga. Dinding batu merah dan siling seperti tidak dikemaskan sempurna pula beri rasa rustic, iaitu dibina dengan cara yang jelas dan mudah.

07

Dapur pula mengunjur lurus ke bahagian belakang rumah dengan menjadikan kaunter bar sebagai sempadan antara dapur dan ruang makan. Bahagian lorong yang diletakkan 2 buah peti sejuk pula memisahkan ruang dapur kering dan dapur basah.

06

Bilik tidur utama terletak di bahagian atas rumah ini. Ia memiliki bilik air berdindingkan kaca lutsinar. Bilik ini dilengkapi katil bersaiz queen dan unit entertainment yang diletakkan bersebelahan pintu kaca balkoni.

Bahagian balkoni pula, kelihatan dua buah kerusi rehat di hadapan pagar kaca lutsinar. Walaupun ia bersifat terbuka, dua dinding batu lepa merah yang tinggi di kiri dan kanan beri rasa privasi kepada tuan rumah.

03

Pengubahsuaian kreatif ini dilakukan oleh syarikat arkitek milik Ar. Dr. Tan Loke Mun. Beliau merupakan salah seorang arkitek yang pernah terlibat dalam mempamerkan idea dan hasil kerja terbaik di International Architecture Exhibition-La Biennale di Venice, Itali pada November 2014. Ia merupakan satu pameran paling berprestij bagi bidang seni bina.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram