Konsep rumah minimalis dan moden nampaknya semakin mendapat dihati pengguna. Bukan sahaja berjaya menawarkan ruang yang tampak yang lebih luas dan berguna, malah rumah dengan dengan konsep mimalis juga diakui lebih mudah untuk dibersihkan.

Seiring dengan minat orang ramai terhadap rumah dengan konsep rekaan seperti ini, Bergmeisterwolf selaku syarikat yang melakukan pengubahsuaian interior telah mengambil langkah yang sedikit berbeza terhadap rumah yang telah berusia hampir 200 tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

glass-walls-raise-from-floor-140717-120-04

glass-walls-disappear-into-floor-140717-120-01

Penggabungan motor dan beberapa komponen lain berjaya membolehkan rumah ini melaraskan dinding sedia ada agar tampak lebih luas atau dalam erti kata lain, dinding yang tersedia mampu disimpan secara kemas di dalam tanah. Selain itu konsep ini juga boleh juga digunakan pada mana-mana dinding untuk meluaskan ruangan di dalam rumah.

Buat yang berminat dengan konsep rekaan Bergmeisterwolf, anda boleh ikuti dengan lebih lanjut di laman web mereka di sini. Mungkin ini teknologi terbaru yang bakal diimplementasi pada rumah-rumah akan datang.