Pelakon veteran Rumina Sidek menyatakan bahawa dia pernah menerima bayaran lumaya sebanya RM4,000 untuk menjayakan filem Anak Bapak.

Filem komedi legenda yang turut dibarisi seniman agung Tan Sri P Ramlee dan beberapa lagi nama besar yang lain.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Walaupun tidak menjadi pelakon watak utama, namun bayaran yang diterimanya sangat lumayan berdasarkan nilai wang pada masa itu. Yang membolehkan dia terus membeli sebidang kebun durian dengan wang tersebut.

Ruminah Sidek gembira dapat membeli sebidang tanah dengan wang tersebut, kerana baginya jika pada hari ini angka RM4,000 itu pasti tidak mampu untuk mendapatkan sebidang tanah.

Ruminah Sidek menegaskan bahawa untuk filem tersebut dia hanya terlibat dalam penggambaran selama 8 hari sahaja kerana babak yang dilakonkannya tidak banyak, menurut mStar.

Bercakap tentang nilai wang pada masa itu, Ruminah Sidek berkata  : “Waktu itu gelang emas pun baru RM60. Dengar macam sedikit kan RM4,000 itu namun saya dapat beli sebidang kebun durian.

“Kalau sekarang ini, dengan RM4,000, nak dapat beli apa sahaja?.”

Walaupun sudah berusia 78 tahun, Ruminah Sidek masih membuka peluang untuk menerima tawaran berlakon.

“Selagi saya diberikan usia dan kekuatan, saya akan terus berlakon,” kata beliau lagi.

Sambil Ruminah Sidek menyatakan tinggal serahkan kepada pengarah sahaja yang percayakan dia atau tidak.

“Mana tahu lakonan saya sekali lagi menjadi seperti dalam filem Jangan Pandang Belakang,” tegas beliau.