Kempen ganjaran dan peraduan khas yang dianjurkan oleh usahawan serta pempengaruh terkenal, Khairul Aming, sentiasa berjaya mencuri perhatian masyarakat.

Kali ini, inisiatif beliau membawa pemenang bertuah menikmati percutian mewah ke Dolomites, Itali salah satu destinasi tanah tinggi tercantik di Eropah sekali lagi menjadi tular dan perbualan hangat di pelbagai platform media sosial.

Terdapat lima pembeli terpantas yang berjaya melayakkan diri mereka untuk menyertai percutian bersama KA.

Rupanya Ada Yang Terpilih Tetapi 'Cancel', Ini Senarai Pemenang Percutian Ke Dolomites, Itali Bersama KA

Satu plot twist berlaku apabila pemenang asal yang kelima sepatutnya dapat kepada individu tersebut namun telah dipindahkan kepada individu ke-6 susulan telah membatalkan pesanannya.

Inisiatif membawa penyokong dan pembeli bertuah ke Dolomites, Itali ini membuktikan komitmen Khairul Aming dalam mendefinisikan semula cara usahawan menghargai pelanggan .

Percutian ini bukan sekadar hadiah biasa, sebaliknya merupakan bentuk penghargaan berimpak tinggi yang memberi pengalaman sekali dalam seumur hidup (once-in-a-lifetime experience) buat pemenang yang disahkan layak.