Laporan menyatakan bahawa Rusia memberi maklumat risikan kepada Iran yang boleh membantu Tehran menyerang sasaran Amerika Syarikat di Timur Tengah, menurut pegawai yang mengetahui maklumat risikan AS.

Maklumat yang dibekalkan perisik Rusia termasuk lokasi kapal perang dan pesawat tentera AS di rantau tersebut.

Tehran diketahui ada hubungan yang baik dengan Rusia terutama sekali untuk bekalan persenjataan.

Dan atas dasar ini, AS mendakwa Rusia menjadi dalang kepada kemusnahan beberpa aset tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Namun buat masa ini, pegawai AS berkata mereka tidak mempunyai bukti bahawa Rusia secara langsung mengarahkan Iran bagaimana menggunakan maklumat tersebut, hanya bahawa data tersebut boleh digunakan untuk membantu serangan.

AS pada awalnya berasa pelik dengan beberapa siri serangan Iran terutama sekali menggunakan dron yang dianggap sangat tepat dan sukar ditangkis.

AS jelas sekali memandang rendah keupayaan Iran, dan ternyata kekuatan Iran lebih bagus daripada jangkaan mereka. Lalu kini AS mengesyaki bahawa Rusia adalah punca kenapa Iran benar benar licik dan di luar jangkaan mereka.

Hal ini berdasarkan beberapa siri serangan Iran yang dikatakan hanya Rusia yang boleh mengesan kawasan stategik aset serta kepentingan AS.

Perkembangan ini muncul ketika perang antara AS, Israel dan Iran semakin memuncak selepas serangan terhadap Iran pada minggu sebelumnya. Iran kemudian melancarkan serangan balas ke atas kepentingan AS dan sekutunya di rantau tersebut.

Rumah Putih pula cuba meremehkan kesan bantuan Rusia, dengan menyatakan bahawa operasi ketenteraan AS terhadap Iran masih berjalan dan tentera Iran semakin lemah.

Di pihak Rusia, Kremlin hanya mengakui bahawa mereka sedang berhubung dengan kepimpinan Iran, tetapi enggan menjawab secara jelas sama ada Moscow benar-benar memberi bantuan ketenteraan atau risikan.

Hubungan Rusia–Iran semakin rapat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kerjasama senjata dan dron ketika perang Rusia di Ukraine.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth memberitahu AP bahawa AS ketika ini sedang menyiasat tentang faktor kemusnahan beberapa aset dan kepentingan AS di Timur Tengah yang kini dikaitkan dengan kelicikan perisikan Rusia yang membantu Iran.