Pemain tengah Kuala Lumpur City, Ryan Lambert dilaporkan telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana beliau memuat naik gambar yang menunjukkan Ryan Lambert menyertai sesi latihan JDT baru-baru ini.
Baca Juga:
- TMJ: JDT Tak Pernah Kalah Dengan Selangor Selama 8 Tahun
- Ini Sebab JDT Tolak Tawaran Dapatkan Pemain Malaysia Beraksi Di Luar
- Dion Cools Bakal Sertai JDT?
Ryan Lambert tampak sah ke JDT. ✍️🔥@ASTROARENA https://t.co/BlKCbJLNUO pic.twitter.com/ThFMFBUmvA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 28, 2024
Sebelum ini, Ryan dan adiknya iaitu Declan Lambert menarik minat beberapa kelab dalam saingan Liga Super yang mahu mendapatkan khidmat dua pemain ini bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Adik beradik ini menjadi buruan setelah KL City berdepan isu kewangan dimana pasukan itu masih bergelut untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan dari musim lepas.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menegaskan tunggakan gaji pemain KL City adalah sebanyak dua bulan melibatkan jumlah RM2 juta bukan empat bulan seperti didakwa.
Akan tetapi, Sinar Harian melaporkan terdapat beberapa individu melibatkan jurulatih, pemain tempatan dan import yang masih mempunyai kontrak bersama The City Boys sehingga tahun 2024 dan 2025.
Jika diambil kira dengan baki kontrak tersebut tunggakan gaji mereka antara empat hingga lima bulan bermula Oktober 2023 hingga Februari 2024.
Difahamkan gaji barisan pegawai dan pemain kelab itu dibayar pada setiap tujuh hari bulan dengan anggaran jumlah setiap bulan adalah sebanyak RM1 juta.
Menurut satu sumber, tunggakan gaji antara empat hingga bulan tersebut dimaklumkan oleh salah seorang daripada mereka yang mendakwa kali terakhir menerima gaji ialah untuk September 2023.