3 hari yang lalu, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di ISTAC -IIUM (Institute of Islamic Thought and Malay World) yang terletak di Bukit Tunku.

Beliau ke sana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Zabedah, ISTAC -IIUM dan berpeluang untuk masuk ke dewan utamanya dan berkongsi rekaan dewan tersebut yang sangat unik kepada para pengikutnya di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malangnya, perkongsian tersebut diterima negatif oleh segelintir pengikutnya dan ada yang menuduhnya bodoh kerana mempromosikan ‘gereja’.

“Mamat ni pempengaruh yang suka ke arah sebegini, yang dahaga views. Carilah tempat yang lebih bagus untuk jadi bahan. Hauk,” komen salah seorang pengguna. Ryzal juga tidak terlepas daripada dimaki dengan perkataan kesat yang lain.

Namun, netizen yang meninggalkan komen sebegitu rupa sebenarnya tidak menonton video tersebut hingga habis. Dalam video tersebut jelas Ryzal Ibrahim berkongsi bahawa dewan tersebut adalah pusat pengajian Islam di ISTAC – IIUM di mana ia diinspirasikan daripada seni bina Andalusia.

The Patriot Studio semalam ada berkongsi dengan mendalam tentang tarikh bila ISTAC -IIUM ditubuhkan dan mengapa konsep seni bina Andalusia ini dipilih. “Seni bina ini diambil sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dahulu semoga kita dapat ulangi semula pada zaman moden ini,” tulis The Patriot Studio.

Kesimpulannya, dewan ISTAC -IIUM di Bukit Tunku bukan gereja dan tontonlah sesuatu video hingga tamat sebelum meninggalkan sebarang komen. ISTAC -IIUM juga dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang sekiranya anda ingin melawat tempat yang cantik ini. Masjid Zabedah juga dibuka kepada umum untuk Solat Jumaat.