Kalau pertama kali jejak kaki ke Masjid Zabedah ISTAC, pasti ini terdetik dalam hati; “Eh, saya dekat Malaysia ke ni?”. Seni binanya terus bagi vibe Sepanyol klasik — ala-ala Andalusia dengan lengkungan arch yang elegan, warna bangunan yang lembut, dan suasana yang tenang gila.
Terletak di kawasan hijau Bukit Tunku, masjid ni sebenarnya berada dalam kawasan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Bangunan belakangnya memang nampak macam gereja Eropah lama, tapi hakikatnya itu adalah institut ilmu tamadun Islam — sebab itu keseluruhan kawasan inirekaan estetikanya lain macam, sangat scholarly dan klasik.
Walaupun saiznya kecil, Masjid Zabedah mampu menampung sekitar 250 jemaah dalam satu masa. Sederhana tapi cukup selesa. Waktu Ramadan, iftar turut disediakan. Menu yang sempat dirasa — nasi minyak dengan ayam masak merah. Ringkas tetapi cukup untuk isi perut. Kadang-kadang bukan menu mahal yang buat kita teringat, tapi suasana dan keberkatan tu.
Solat terawih di sini ditunaikan 8 rakaat bersama 3 rakaat witir, dan biasanya selesai sekitar jam 9.40 malam. Tidak terlalu lewat, jadi masih rasa ringan dan fokus. Selepas itu, jemaah boleh ambil moreh seperti gula-gula kacang dan jeruk buah kering untuk dibawa pulang.
@vocket Antara masjid ‘hidden gem’ yang terdapat di Malaysia. Masjid Zabedah membawa konsep “Andalusian Gem”. Suasana di sini tenang serta dijamu dengan keindahan seni bangunan yang unik. #masjidzabedah #ramadan #masjidhunting #masjidhopping #fyp
Kalau nak rasa pengalaman seolah-olah berada di Andalusia tanpa perlu naik flight berjam-jam, Masjid Zabedah ISTAC memang antara lokasi yang wajib singgah. Seni bina dia bukan sekadar cantik untuk mata, tapi ada aura tenang yang sukar untuk digambarkan — kena datang dan rasa sendiri.
Apa lagi masjid yang patut diteroka lepas ini?