Sabah FK bakal mencipta sejarah apabila dijadualkan berdepan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah UEFA (UCL) musim 2026/27.
Kelab dari Azerbaijan itu baru ditubuhkan pada 2017 dan buat pertama kali berjaya menembusi fasa liga pertandingan berprestij Eropah tersebut selepas muncul juara Azerbaijan pada musim 2025/26.
Dan mereka turut layak ke UCL selepas aksi play-off dramatik baru baru ini. Di mana pemain mereka mencetak gol minit akhir masa kecederaan untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir.
Kemudian mereka menang dengan kelebihan 2 gol yang mereka jaringkan pada masa ekstra selepas itu.
Undian yang getir
Undian fasa liga yang berlangsung di Monaco menyaksikan Sabah menerima salah satu cabaran terbesar dalam sejarah kelab apabila mereka diundi bertemu Manchester United di Old Trafford.
Pertemuan menentang Manchester United itu menjadi perhatian kerana Sabah merupakan antara kelab paling muda dalam saingan UCL musim ini.
Berdasarkan nilai pasaran semasa pemain, skuad Manchester United dianggarkan bernilai sekitar €929 juta manakala Sabah sekitar €17 juta.
Pemain paling bernilai Manchester United ialah Benjamin Sesko dengan anggaran nilai €75 juta, manakala pemain paling bernilai Sabah ialah Tymoteusz Puchacz dengan nilai sekitar €2.5 juta.
Lebih menarik, Sabah turut menerima cabaran besar lain apabila diundi menentang Barcelona, Borussia Dortmund, Napoli, Villarreal, dan Slavia Prague dalam fasa liga UCL.
🚨🇦🇿 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 | Sabah FK's fixtures in the league phase of the 2026/27 UEFA Champions League. ✅
It's the FIRST time they have qualified for this competition. 👀 pic.twitter.com/tIVhKGxrWj
— EuroFoot (@eurofootcom) August 27, 2026
Jelas sekali ianya bukan laluan yang mudah untuk Sabah pada aksi sulung UCL mereka.