Sabah FK (Sabah), kelab asal Aderbaijan menyingkirkan Hapoel Beer-Sheva dalam aksi penuh debaran. Di mana gol minit akhir oleh pemain Sabah membantu mereka mengheret aksi ke masa tambahan.

Sabah yang ditubuhkan pada 2017, tepat sembilan tahun kemudian bakal membuat penampilan sulung dalam saingan utama Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan dramatik dalam aksi playoff kelayakan.

Sabah hanya beberapa saat daripada tersingkir ketika berdepan juara Isra*l itu, yang memenangi aksi pertama 2-1 minggu lalu. Namun, pemain gantian Tellur Mutallimov menjaringkan gol pada minit terakhir masa kecederaan untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan.

Penyerang Gabon milik Sabah, Orphe Mbina kemudian menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-101 sebelum Joy-Lance Mickels menambah satu lagi gol pada minit ke-115.

Sabah menang 5-2 dalam aksi kedua dan mara dengan agregat 6-4.

Hapoel Beer-Sheva menamatkan perlawanan dengan hanya sembilan pemain selepas mengalami kekalahan yang cukup menyakitkan.

Mereka ketika itu mendahului 4-2 secara agregat pada minit ke-61 selepas bek kanan skuad kebangsaan Isr*el, Guy Mizrahi menjaringkan gol menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

Pertahanan Djibril Diop dan pemain tengah Eliel Peretz masing-masing dilayangkan kad kuning kedua pada masa tambahan.

Tiada pasukan Isra*l beraksi dalam saingan utama Liga Juara-Juara Eropah  sejak November 2022, ketika Maccabi Haifa menamatkan saingan di tempat terakhir dalam kumpulan yang turut dihuni Benfica, Paris Saint-Germain dan Juventus.

Sabah akan menyertai Como sebagai pasukan baharu dalam saingan Liga Juara-Juara apabila undian fasa utama 36 pasukan berlangsung pada Khamis.

UEFA akan menjalankan undian di Monaco bagi menentukan lapan lawan setiap pasukan, dengan aksi fasa liga berlangsung dari 8 September hingga 27 Januari.