Sadio Mane dalam siri podcast bersama Rio Ferdinand akhirnya tampil mengesahkan berita Man United pernah membidanya satu ketika dahulu.
Ketika itu laporan di UK menyebut bahawa Louis Van Gaal mahukan Sadio Mane yang cemerlang bersama Southampton.
Namun alasan utama Mane tidak mahu menyertai Man United adalah tiada jaminan minit permainan.
Menurutnya, ketika itu Man United ada lambakan penyerang. Dan dia tidak yakin akan terus menjadi pilihan utama di kelab tersebut.
“Saya mahu bermain,” kata Mane.
“Manchester United menghubungi saya pada masa itu. Dan saya bercakap sendiri dengan Louis Van Gaal. Rooney ada di sana, Di Maria ada di sana, ada Depay.
“Setelah mereka gagal mendapatkan saya, mereka beli pula Anthony Martial.”
“Persoalan saya pada masa itu, apabila kamu sudah ada Depay, Rooney, Di Maria, Van Persie, di mana peluang saya untuk bermain? Kerana saya mahu bermain.”
🗣️🚨 Sadio Mané on turning down Man United:
"Manchester United called me that time. I was talking to Van Gaal. Rooney was there. Di María was there. Depay was there. When they failed to get me, they bought Martial.”
"My question was: you have Depay, Rooney, Di María, Van… pic.twitter.com/YDtZQ7NvvH
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) November 20, 2025
Mane kemudian memutuskan untuk menyertai Liverpool walaupun ada lagi tawaran daripada kelab lain selain Man United.
Dan dia menjadi salah seorang pemain dalam trio serangan legenda Jurgen Klopp bersama sama dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino.