Kapten pasukan Terengganu FC, Safawi Rasid mahu mengambil tindakan undang-undang selepas beliau difitnah di laman media sosial baru-baru ini.
Menerusi media sosial Instagram miliknya, Safawi memuat naik gambar yang menunjukkan beliau difitnah oleh portal tidak bertanggungjawab dimana tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau amat berat.
Baca Juga:
- Isteri Safawi Rasid Rimas Tengok Isteri Yang Suka Periksa Telefon Suami
- Peter Cklamovski Beri Sebab Terima Tawaran Sebagai Ketua Jurulatih Malaysia
- Rob Friend Teruja Sertai Revolusi Harimau Malaya, Lihat Malaysia Sebagai ‘Gergasi Yang Sedang Tidur’
Portal tersebut menulis pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah digantung dari semua aktiviti sukan selepas diuji positif mengambil bahan terlarang.
Satu lagi portal telah memfitnah Safawi dengan tuduhan yang lebih berat dimana mereka menulis pemain berusia 27 tahun itu sudah meninggal dunia.
Pemain yang mesra dengan panggilan Pawi itu nyata berang dengan fitnah yang ditulis oleh portal terbabit dan merancang mahu mengambil tindakan undang-undang.
“Fitnah melampau. Tak baik buat laporan macam ni. Gila publisiti. Tunggu saman,” tulisnya.
Safawi Rasid sudah menjaringkan 15 gol dan mencipta tiga bantuan gol daripada 28 penampilan musim ini bersama Terengganu.