Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menganggap isu pemain junior membasuh kasut serta stoking pemain senior adalah satu perkara biasa dalam bola sepak.
Safee berkata demikian selepas ada pendedahan yang dilakukan oleh Azmeer Yusof dimana beliau menyatakan pernah dibuli ketika awal kariernya sebagai pemain bola sepak.
Baca Juga:
- Azmeer Yusof Dedah Pernah Dibuli Ketika Bergelar Pemain Profesional
- Safee Sali: Betul Saya Dah Kahwin
- Safee Sali Dera Isteri Secara Mental Dan Ceraikannya Guna ‘Voice Note’
Dalam satu video yang dimuat naik Makan Bola, membasuh kasut serta stoking adalah satu cara untuk membina rasa hormat antara pemain senior dan junior.
“Pengalaman yang bentuk jati diri”
Video penuh di Youtube MakanBola: https://t.co/YdEYf7D0K7 pic.twitter.com/Y2DUUEcOYw
— MakanBola (@makanbolaplus) April 7, 2024
“Nak bina rasa hormat terhadap senior. Menghormati orang yang lebih tua. Ianya bukan buli. Saya rasa perkara biasa kalau disuruh basuh kasut dan stoking.
“Zaman dulu dah ada perkara macam tu. Mental kita kena kuat kalau nak jadi pemain bola sepak. Setakat basuh kasut saya rasa ok,” katanya.
Safee Sali mendedahkan beliau sendiri pernah mengalami kejadian seperti itu dan menurut beliau ia membina jati diri yang dibawa sehingga ke hari ini.
Sebelum ini, menerusi laman Facebook miliknya Azmeer mendedahkan kejadian buli yang berlaku kepada dirinya ketika bergelar pemain profesional.
“Berlaku di airport luar negara. Pemain senior waktu tu ambil tiket flight saya, keronyokkan dan campak tiket saya tu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana. Dorang siap gelak-gelak lagi waktu tu.
“Bersaksikan airport KLIA, saya dipaksa untuk angkat semua beg pemain masuk ke dalam. Kitman pun buat sebab tu memang kerja dia. Tapi saya diberi arahan khusus dari seorang pemain senior untuk angkat semua beg-beg pemain tu. Waktu angkat beg-beg tu, pemain lain sedap-sedap berjalan p makan sambil tunggu untuk naik flight.
“Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Ada pemain tutup saluran minyak ke karberator saya. Masa check tu saya terpegang batang ekzos. Melecur beb tangan saya. Waktu melecur tu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini, tulisnya.
Menurut Azmeer, meskipun pernah dibuli sebelum ini, beliau bersyukur kerana kejadian yang berlaku membantunya untuk memperkuatkan mental bagi menghadapi semua cabaran yang hadir dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.