Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mengesahkan beliau sudah menikah dengan wanita lain seperti dakwaan yang tular di laman media sosial baru-baru ini.
Menurut Safee, tiada halangan untuk mana-mana individu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan selagi menepati undang-undang dan juga sah disisi agama Islam.
Baca Juga:
- Safee Sali Dera Isteri Secara Mental Dan Ceraikannya Guna ‘Voice Note’
- Safee Sali Harap Tekanan Tinggi Tak Ganggu Usaha Romel Morales Pamer Aksi Terbaik
- Piala Asia 2023: Safee Sali Gesa Pemain Percaya Dengan Kemampuan Sendiri
“Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, bekas isteri Safee Sali iaitu Fitria Elfina Maharip mendedahkan bahawa dia telah didera secara mental oleh bekas pemain Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sejak bertahun tahun lamanya.
Safee telah menuduh Fitria telah meninggalkan dia dan anak anaknya untuk pulang ke Batam Indonesia.
Fitria menafikan dia berbuat demikian. Sebaliknya dia terpaksa menghantar anak anak mereka berteduh di rumah anak buahnya kerana pasport mereka dipegang oleh Safee.
“Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.
“Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.
“Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh dianggap sebagai nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang,” kata Fitria.
Seterusnya Fitria mendedahkan bahawa dia menderita didera secara mental selama berhari hari setelah mendapat tahu suaminya itu bernikah lain secara diam diam di Siam pada 26 Januari yang lalu.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Safee Sali dilaporkan telah melafazkan cerai ke atas Fitria hanya menerusi voice note pada 11 Februari.
Sebelum ini Fitria juga memberitahu bahawa dia sudah berbulan bulan tidak berjumpa dengan anaknya yang diambil oleh Safee Sali ketika dia tiada di rumah.
Rumah tangga antara Safee dan Fitria yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Selangor.