Isteri kepada legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, iaitu Fitria Elfina Maharip mendedahkan bahawa dia telah didera secara mental oleh Safee sejak bertahun tahun lamanya.

Kemudian, Safee telah menuduh Fitria telah meninggalkan dia dan anak anaknya untuk pulang ke Batam Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fitria menafikan dia berbuat demikian. Sebaliknya dia terpaksa menghantar anak anak mereka berteduh di rumah anak buahnya kerana pasport mereka dipegang oleh Safee Sali.

Dipetik dari lama Beautifulnara, Fitria berkata: “Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.

“Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.

“Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh dianggap sebagai nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.

Seterusnya Fitria mendedahkan bahawa dia menderita didera secara mental selama berhari hari setelah mendapat tahu suaminya itu bernikah lain secara diam diam di Siam pada 26 Januari yang lalu.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Safee Sali dilaporkan telah melafazkan cerai ke atas Fitria hanya menerusi voice note pada 11 Februari.

Fitria menyatakan lagi bahawa, Safee Sali telah menghalaunya daripada rumah sewa mereka.

Dipetik dari sumber yang sama, Fitria menambah: “Sudah setahun saya bertahan dan didera mental berhari-hari sebelum mengetahui Safee sudah berkahwin baru secara sembunyi di Siam pada 26 Januari lalu.

@beautifulnara

Tak baik pisahkan anak-anak dengan ibu mereka, bulan Ramadan ni.. #trendingnewsmalaysia #terkini

♬ Maula Ya Salli Wa Sallim – Abu Ubayda

“Sebelum dia datang (ke Batam), dia lafaz cerai melalui voice note kepada saya pada 11 Februari lalu.

“Sekarang ini, saya pula dihalau dari rumah sewa di Puncak Alam disebabkan dia hanya membayar sehingga bulan ini sahaja.

“Kalau dia buat saya begini, macam sampah selepas 11 tahun mengabdi kepadanya dengan tak boleh bekerja dan jaga anak sahaja. Apa yang awak rasa. Ketika ini, nafkah zahir juga tidak diberikan olehnya.

Sebelum ini Fitria juga memberitahu bahawa dia sudah berbulan bulan tidak berjumpa dengan anaknya yang diambil oleh Safee Sali ketika dia tiada di rumah.