Sekitar 2,000 tahun yang lalu, orang kuno di selatan Peru mencipta beratus-ratus geoglyphs, yang kini dikenali sebagai Nazca Lines.

Geoglyph adalah reka bentuk atau motif besar (sekurangnya 4 meter) yang dihasilkan di atas tanah dan biasanya dibentuk oleh batu-batu klastik atau elemen-elemen semula jadi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Lukisan ini hanya dapat dijejak jika seseorang itu berada di atas bukit atau dengan menggunakan kapal terbang.

Terbaharu, seorang saintis dari Jepun telah menggunakan satelit untuk mengenalpasti hampir 143 geoglyphs yang tidak diketahui sebelum ini.

Lebih mengujakan lagi, satu geoglyph yang baru ditemui mewakili seorang manusia, telah dikenal pasti dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) – salah satu teknologi sains komputer yang berfungsi dan bertindak balas seperti manusia.

1574098120120-20Humanoid-AI.png

Pada tahun ini, pasukan yang diketuai oleh Masato Sakai, ahli antropologi kebudayaan di Universiti Yamagata di Jepun, telah menghabiskan bertahun-tahun memburu dan mengkaji geoglyphs di Nazca Lines.

Dengan menggunakan imej resolusi tinggi yang diambil dari satelit dan beberapa teknologi moden dalam menjejak rupa sebenar lukisan di Nazca Lines. Usaha ini membawa kepada penemuan lukisan baharu berukuran lima hingga 100 meter panjang.

Sama seperti lukisan Nazca yang lain, geoglyphs yang ditemui oleh pasukan Sakai telah berjaya menjejak pelbagai jenis bentuk dan objek – manusia, buruk, monyet, ikan, reptilia dan beberapa reka bentuk abstrak.

1574098158844-p17_Bsnake_and_humanoid_processed

Dalam penemuan tersebut, Sakai berjaya menemui sebuah geoglyph bersaiz besar yang dinamakan sebagai Type A yang mewakili bentuk seekor haiwan. Lukisan ini terhasil pada garis masa di antara tahun ke 100 dan 300 masihi.

Geoglyph yang lebih kecil, yang dikenali sebagai Type B, lahir daripada garis masa yang lebih tua daripada geoglyph yang lain iaitu sekitar tahun ke 100 sebelum masihi.

Sakai menyatakan bahawa Type B ini sering ditemui di lereng bukit bagi membantu penduduk waktu itu menggunakannya sebagai penanda jalan. Manakala bagi Type A pula dipercayai sebagai tapak upacara keagamaan.

Bagi Sakai, usaha ini penting bukan sahaja untuk memahami sejauh mana dan kompleksnya Nazca Lines, tetapi juga untuk memelihara geoglyph ini bagi generasi akan datang.

Selain itu, anda boleh baca penemuan sejarah yang lain. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kami Lawat Kampung Purba Merah Di Iran Dan Ini Apa Yang Dijumpai

Bagaimana Bentuk Angka-Angka Melayu Purba Yang Pernah Digunakan Dulu

Penemuan Kapal Berusia 2,000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Melayu Purba

Sumber