Sudah menjadi kebiasaan buat ibu bapa pada ketika ini untuk berkongsi gambar anak di media sosial. Sama ada bagi tujuan berkongsi kegembiraan atau album dalam melihat perkembangan anak, siapa sangka tindakan ini mampu memakan diri ibu bapa dan anak.

Perkembangan teknologi AI yang semakin pesat pada ketika ini bukan sahaja membuatkan ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam menjaga anak malah perlu lebih berwaspa dalam berkongsi gambar anak.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan perkongsian yang dibuat TikTok @24kvrvts tular sebuah perkongsian yang memperlihatkan bagaimana anak kecil berusia 9 tahun menjadi ‘mangsa’ berikutan kegilaan ibu bapa yang mahu berkongsi kegembiraan secara umum di media sosial.

https://www.tiktok.com/@24kvrvts/video/7254670625682378011?_r=1&_t=8dwlLSQ6x1e

Menerusi video ini, dapat dilihat bagaimana artifical intelligence atau AI mampu mendapatkan data yang dikongsikan secara sukarela oleh ibu bapa menerusi media sosial.

Data yang terdiri daripada bentuk muka, saiz badan, suara dan sebagainya berpeluang dikutip oleh pihak AI bagi tujuan-tujuan yang berbeza.

Sebagai contoh, gambar yang pernah dikongsikan tersebut mampu dijadikan tebusan buat ibu bapa menerusi ciri pengesanan suara, video melibatkan pergerakan dan juga meme yang sekaligus bakal memalukan kanak-kanak tersebut.

Lebih parah lagi, perkongsian gambar atau video anak-anak ini turut menyumbang kepada penghasilan identiti palsu yang mirip seakan gambar anak kecil sekaligus mampu mengundang kepada risiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan yang salah.

Contoh gambar kanak-kanak ciptaan AI yang tidak wujud di dunia sebenar. Sumber: Freepik

Difahamkan pada ketika ini, teknologi pengesanan suara individu sudah pun wujud membolehkan pihak tidak bertanggungjawab berpeluang mendapatkan data suara anak-anak bagi tujuan yang tidak diketahui.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar anak kecil di media sosial khususnya meraka yang sanggup menghasilkan Instagram khas serta vlog melibatkan anak kecil agar tidak menjadi mangsa di masa akan datang.