Teknologi AI pada hari ini sudah sangat advanced sehinggakan mampu melakukan pelbagai tugasan kritikal dengan pantas. Perkara ini menjadi mimpi ngeri untuk sesetengah sektor kerana didakwa bakal diganti dengan AI kelak.

Terbaharu, seorang Ketua Eksekutif sebuah syarikat di India telah memberhentikan 90% staf sokongan syarikat itu selepas mereka beralih kepada ‘chatbot’ yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Baca Juga:

Sumber Gambar: Daily mail

Suumit Shah, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat e-dagang Dukaan berkata, bot kecerdasan buatan itu dibina oleh salah seorang saintis data di firma itu.

Bot tersebut mampu untuk bertindak balas kepada pertanyaan secara serta merta, berbanding dengan staf manusia yang mengambil masa purata 1 minit 44 saat.

Shah yang mengasaskan syarikat itu pada tahun 2020 berkata, pemberhentian secara beramai-ramai itu adalah satu tindakan yang sukar namun diperlukan untuk syarikatnya.

Tambahnya lagi, zaman sekarang adalah zaman di mana pekerjaan manusia boleh digantikan dengan kecerdasan buatan.

Masalah yang diambil untuk menyelesaikan masalah pelanggan juga menurun hampir 98% apabila purata yang diperlukan oleh chatbot ialah 3 minit dan 12 saat. Untuk rekod, masa purata yang diperlukan oleh staf manusia ialah 2 jam dan 13 minit.

Berita tentang pemecatan staf syarikatnya diumumkan sendiri oleh Shah dalam satu ciapan di Twitter. Bagaimanapun, perkongsian itu ternyata mendapat reaksi sebaliknya dari netizen yang beranggapan ia adalah satu langkah yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut seorang individu, beliau mendakwa Shah sebagai seorang yang tidak mempunyai empati dan rasa hormat kepada para pekerja.

Sumber Gambar: Twitter
Sumber Gambar: Twitter
Sumber Gambar: Twitter

Tambahnya lagi, seseorang yang kehilangan kerja bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi dan dibanggakan oleh pemilik syarikat. Pada pendapat anda, adakah tindakan ini wajar atau mempunyai solusi terbaik yang lain?

Sumber