Seringkali kita membaca komen segelintir netizen lelaki yang seolah ‘selesa’ memberi komen berunsur lucah di media sosial. Hal ini sekaligus membuatkan kaum wanita berasa tidak senang memikirkan tindakan lelaki-lelaki ini.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah gambar menampilkan dua lelaki memakai pakaian ketat untuk berbasikal. Menampilkan anggota badan yang tidak sesuai ditonton umum, gambar tersebut telah menjemput komen-komen lucah daripada kaum wanita tempatan.

Baca Juga:

Komen-komen berunsur lucah dan miang antara yang dilontarkan segelintir netizen ini sekaligus mengejutkan orang ramai selepas mendapati netizen wanita tempatan juga turut sama naik mengeluarkan komen lucah secara terbuka di media sosial. Berikut merupakan antara komen yang dikeluarkan oleh segelintir netizen wanita ini.

Komen-komen yang dikeluarkan secara tidak langsung memberi gambaran komen lucah tidak hanya hadir daripada kaum lelaki, malah kaum wanita juga seolah selesa mengatakannya secara terbuka.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen berharap agar pangguna media sosial meskipun bebas memberi komen agar lebih berhati-hati dalam sebelum meluahkannya kerana setiap komen mampu dibaca oleh orang ramai. Malah, tidak mustahil terdapat pihak atau ahli keluarga yang malu dengan sikap yang ditampilkan segelintir netizen ini.