Seorang budak lelaki berusia dua tahun baru-baru ini menarik perhatian netizen di media sosial kerana saiz badannya yang besar untuk usianya, hingga ada netizen yang ingatkan mengenai obesiti.
Video yang memaparkan gelagat budak itu bersama keluarganya sedang menjamu selera di sebuah restoran tempatan menjadi tular, dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Video yang dimuat naik pada 5 Oktober di laman Facebook Malaysia Punya Hal telah mengumpulkan lebih 72,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Dalam rakaman tersebut, budak lelaki itu kelihatan menarik perhatian ramai apabila bapanya kelihatan seolah susah untuk mengangkatnya dari kerusi makan.
Selepas itu, dia dilihat berjalan di sekitar restoran, mencuri tumpuan para pengunjung lain.
Apa yang lebih mengejutkan, menurut catatan pada video itu, budak tersebut dikatakan seberat 26kg dan berjaya menghabiskan satu bungkus nasi ayam goreng seorang diri.
Walaupun ada yang memuji budak itu comel, tetapi ramai juga yang meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan kanak-kanak itu.
Netizen menyedari bahawa obesiti pada usia yang muda boleh meningkatkan risiko keletihan dan penyakit.
Sejumlah pengguna media sosial berkongsi pengalaman peribadi sambil menceritakan cabaran yang mereka hadapi akibat obesiti, seperti kesukaran bernafas dan pergerakan yang terhad.
Mereka berharap agar budak tersebut tidak menghadapi kesukaran yang sama apabila dia membesar kelak.
Selain bimbang dengan faktor kesihatan, beberapa netizen turut risau tentang kemungkinan budak lelaki itu menjadi mangsa buli kerana saiz badannya yang luar biasa.